Tular video isu wanita bangun lewat, Hannah Yeoh gesa Rina Harun dipecat

Tular video isu wanita bangun lewat, Hannah Yeoh gesa Rina Harun dipecat

Tular video isu wanita bangun lewat, Hannah Yeoh gesa Rina Harun dipecat.

Semalam tular satu video dimuat naik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun yang mengajak orang ramai ke sebuah program anjuran Kementerian tersebut menerusi laman TikTok rasmi beliau.

Video tersebut menampilkan pelakon terkenal, Rosyam Nor sebagai salah seorang usahawan yang bakal bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Namun, video tersebut mendapat kecaman pelbagai pihak yang beranggapan gaya penyampaian video tersebut tidak begitu formal dan keterlaluan.

Tular video isu wanita bangun lewat, Hannah Yeoh gesa Rina Harun dipecat

Rina Harun patut digugurkan

Video promosi tersebut turut mendapat respon bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Hannah Yeoh.

Tular video isu wanita bangun lewat, Hannah Yeoh gesa Rina Harun dipecat

Memetik laporan daripada Free Malaysia Today, Ahli Parlimen Segambut itu berasa sedih melihat cara agensi dan kumpulan sasar di bawah kementerian itu mempromosikan sesuatu program.

Cukuplah tiga tahun menjadikan KPWKM ini sebagai bahan gurauan. Saya sedih melihat agensi, pegawai kerajaan dan kumpulan sasar KPWKM digunakan seperti ini.

Kalau Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob betul-betul serius mengenai perjuangan Keluarga Malaysia, gugurkanlah menteri sebegini yang memperlekehkan peranan wanita.

Yang harus ‘bangun daripada tidur’ adalah Rina Harun dan Timbalan Menteri beliau (Siti Zailah Yusoff dari PAS). Tiga tahun sudah melebihi probation period (tempoh percubaan) untuk mereka ‘bangkit’ buat kerja.

YB Azalina juga kesal

Dalam pada itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said turut memuat naik satu ciapan memaklumkan bahawa dia juga kesal melihat golongan wanita seakan direndahkan melalui video tersebut.

Mennurutnya, usaha untuk mempertahankan wanita daripada sebarang keganasan bagai mencurah air ke daun keladi sahaja selepas penularan video tersebut.

Elok KPWKM ditukar kepada “Kementerian Pembangunan Keluarga”, buang je perkataan “wanita”.

Senang kerja. Rugi semua usaha Kem dalam isu Menentang Keganasan terhadap wanita bagai mencurah air ke daun keladi. Kesian.

Betul juga apa kata Hannah Yeoh dan Azalina Othman. Sebaiknya gunakan ayat dan kata-kata yang lebih efektif dan tidak menyinggung mana-mana pihak lebih-lebih sewaktu nak promosikan sesuatu acara.

Baca Lagi:

Alif Satar kongsi pengalaman dapat tengok keranda Ratu Elizabeth II depan-depan

Sultanah Kelantan Diana Petra Abdullah dedah wajah buat pertama kali secara rasmi

Bekas setiausaha,bendahari UMNO direman tujuh hari

CATEGORIES