Selepas teruk kena hentam dengan netizen, Rosyam Nor mula buka mulut

Selepas teruk kena hentam dengan netizen, Rosyam Nor mula buka mulut

Selepas teruk kena hentam dengan netizen, Rosyam Nor mula buka mulut.

Pelakon, penerbit dan usahawan terkenal, Rosyam Nor, mengakui ada ketika tertentu dia mungkin kelihatan kasar namun menegaskan sikap sebegitu dilakukan dengan niat yang baik.

Malah, katanya, langkah tersebut juga diharap dapat membuka minda pihak yang berkenaan agar sentiasa berfikiran positif dan tidak selesa dengan apa yang mereka capai.

“Apabila saya kata ‘belasah kepala korang’ tu, takkanlah saya nak pukul betul-betul. Dari segi psikologi, saya nak apa yang saya cakap tu membuka minda orang ramai.

“Perkataan belasah kepala yang saya sebut tu sebenarnya bertujuan ‘mencuci’ otak. Saya memang agak kasar tapi bukan kurang ajar. Jadi, tak timbul isu saya menjatuhkan martabat kaum wanita,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Pada masa sama pemilik nama penuh Mohamed Noor Shamsuddin itu mencadangkan pihak yang mengecamnya agar terlebih dulu menonton video keusahawanan yang dimuat naik pada saluran YouTube miliknya.

Selepas teruk kena hentam dengan netizen, Rosyam Nor mula buka mulut

Kata pelakon berkenaan, kaedah ‘cuci otak’ itu sudah biasa diguna pakai olehnya sebelum ini sebagai daya penarik untuk menanam minat orang ramai agar cintakan semangat keusahawanan.

“Tolong tonton Suhan Channel. Tengok video keusahawanan yang saya buat. Takkanlah nak cakap begini: ‘Mari ramai-ramai hadirkan diri…’ Saya yakin takkan ada orang nak datang kalau promosi dibuat begitu.

“Program yang saya jalankan adalah untuk memberi semangat dan kesedaran buat kaum wanita dari golongan B40 atau mereka yang baru berjinak-jinak dalam industri kecil dan sederhana (IKS) supaya bangkit dalam perniagaan,” katanya.

Bangkit daripada tidur

Selepas teruk kena hentam dengan netizen, Rosyam Nor mula buka mulut

Tambah pelakon filem Gangster dan Kabali itu lagi dia juga tidak menyangka kesan klip video yang dijayakannya bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun, baru-baru ini juga mendorong 1,500 orang usahawan baru hadir dalam program berkaitan.

Asalnya kata Rosyam, program tersebut hanya menyasarkan penyertaan 1,000 orang.

“Kami juga terpaksa buka sebuah lagi dewan untuk menempatkan mereka,” ujarnya.

Rosyam, 55, berkata demikian ketika diminta mengulas sebuah video tular yang dimuat naik di akaun TikTok Rina bagi mempromosikan program Keusahawanan Wanita Bangkit @ KPWKM.

Ia merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur semalam.

Selepas teruk kena hentam dengan netizen, Rosyam Nor mula buka mulut

Dalam rakaman tersebut, Rosyam melontarkan ucapannya seperti samseng, dipercayai meniru watak Tailong, dari filem KL Gangster 2.

Pelakon terbabit meminta kaum wanita agar jangan lambat dan bangkit daripada tidur, selain menggunakan perkataan hendak ‘belasah’ kepala mereka pada majlis itu.

Namun, video berkenaan menimbulkan perasaan kurang senang ramai orang kerana dianggap merendah-rendahkan maruah kaum wanita.

Sesetengah pengguna alam maya turut berpendapat, Rosyam adalah seorang yang cauvinis, seksis, dan pembawa toksik dalam kalangan masyarakat.

Sentiasa berfikiran terbuka

Video terbabit turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh. Bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu membidas video berkenaan yang dianggap bersifat publisiti murahan dan memalukan.

Mengulas lanjut Rosyam meminta agar isu tersebut tidak dipolitikkan kerana ia hanya bahan untuk kempen mempromosi program KPWKM.

Dia juga sekeras-kerasnya menegaskan, apa yang dibuatnya itu tidak ada kaitan dengan minat atau nait untuk menceburi bidang politik.

“Tak usah politikkan kenyataan saya dengan menteri berkenaan. Saya nak tegaskan, bukan minat saya untuk menyertai politik sebab saya lebih gemar bidang keusahawanan.

“Saya sendiri datang daripada golongan B40. Saya bersyukur video tu tular sebab fokus saya untuk kejutkan orang ramai daripada ‘tidur’ jadi kenyataan.

“Selepas Covid-19 melanda, ramai orang kena buang kerja dan banyak kehilangan perniagaan. Saya nak masyarakat bangkit dan capai kejayaan dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Rosyam juga memberitahu dialog yang dilontarkannya dalam klip tersebut juga bukanlah skrip yang ditulis oleh pihak kementerian berkenaan.

“Dialog tu secara spontan, bukan daripada pihak kementerian.

“Saya nak masyarakat Malaysia sentiasa berfikiran terbuka, pandang dari sudut positif dan jangan terlalu negatif,” katanya.

Baca Lagi:

Mereka semakin berani! Kakitangan kerajaan disamun 3 warga Indonesia bersenjata

5 perkahwinan selebriti Malaysia yang termahal, no 4 fuhh ‘sampai RM30 juta!’

Bekas setiausaha,bendahari UMNO direman tujuh hari

CATEGORIES