Alif Satar kongsi pengalaman dapat tengok keranda Ratu Elizabeth II depan-depan

Alif Satar kongsi pengalaman dapat tengok keranda Ratu Elizabeth II depan-depan

Alif Satar kongsi pengalaman dapat tengok keranda Ratu Elizabeth II depan-depan.

Jika anda mengikuti laman Instagram selebriti Alif Satar, pasti ramai mengetahui bahawa pelakon dan penyanyi itu kini sedang bercuti bersama keluarga kecilnya di luar negara.

Namun, siapa sangka percutian mereka sekeluarga pada kali ini bertukar menjadi momen terindah dan tidak disangka-sangka sehingga menarik perhatian ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Cari nasi briyani terjumpa perarakan kereta mayat bawa keranda Ratu Elizabeth II

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar tidak menyangka perjalanan mencari nasi briyani di Edinburgh, London membuahkan kenangan bermakna buat mereka dan tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

Alif Satar kongsi pengalaman dapat tengok keranda Ratu Elizabeth II depan-depan

Mana tidaknya, dia sekeluarga berpeluang melihat sendiri perarakan kereta mayat yang membawa keranda Ratu Elizabeth II yang sedang merentasi ribuan rakyat jelata pada ketika itu.

“Semalam (Ahad), kami tinggalkan hotel di The Gleneagles untuk Edinburgh. Sampai saja di Edinburgh, kami pun tinggal kereta dan berjalan di bandar untuk mencari makanan tengahari.

“Sekali, sedang kami berjalan mencari briyani (dah seminggu lebih tak makan nasi), tengok-tengok jalan semua tutup. Nak lintas seberang jalan pun tak boleh sebab orang dah ramai.

“Rupa-rupanya ada perarakan kereta yang membawa keranda Ratu Elizabeth II.”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Percutian mahal dan pengalaman takleh dilupakan

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan rasa bangga dan teruja apabila Alif dan keluarganya dikatakan bertuah kerana berpeluang melihat peristiwa bersejarah itu di depan mata.

Alif Satar kongsi pengalaman dapat tengok keranda Ratu Elizabeth II depan-depan

Alif Satar kongsi pengalaman dapat tengok keranda Ratu Elizabeth II depan-depan

Minggu lalu, satu dunia dikejutkan dengan berita kemangkatan Ratu Elizabeth II selepas 70 tahun berkhidmat sebagai Raja dan baginda menghembuskan nafas terakhirnya di sisi ahli keluarganya di estet Scotland tercinta, Balmoral.

Dan, Raja Charles III secara rasminya ditabalkan sebagai Raja baharu Britain oleh Majlis Pemasyhuran pada hari Sabtu lalu.

Alif Satar kongsi pengalaman dapat tengok keranda Ratu Elizabeth II depan-depan

Baca Lagi:

Sultanah Kelantan Diana Petra Abdullah dedah wajah buat pertama kali secara rasmi

Makcik minta sedekah kantoi main judi online (pussy888), siap sorok phone belakang tabung derma

Bekas setiausaha,bendahari UMNO direman tujuh hari

CATEGORIES