Setelah di kritik netizen, Dr Amalina tampil jelaskan kenapa pilih kerakyatan British untuk anak

Setelah di kritik netizen, Dr Amalina tampil jelaskan kenapa pilih kerakyatan British untuk anak

Setelah di kritik netizen, Dr Amalina tampil jelaskan kenapa pilih kerakyatan British untuk anak.

Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri menjadi bualan hangat warga netizen apabila memilih status kewarganegaraan British untuk anak pertamanya.

Namun, kenyataan dimuat naik menerusi hantaran di Instagram (IG) Stories disalahertikan sehingga menerima kritikan segelintir warga netizen.

Susulan menyedari kenyataannya dipandang serong, Dr Amalina tampil membuat penjelasan dalam IG, baru-baru ini.

Setelah di kritik netizen, Dr Amalina tampil jelaskan kenapa pilih kerakyatan British untuk anak

Dr Amalina berkata, dia bukan tidak menyukai anaknya mendapat kerakyatan Malaysia, sebaliknya ada beberapa kekangan menghalangnya untuk bersalin di Malaysia.

“Anda mungkin sedia maklum, sekiranya wanita Malaysia berkahwin dengan lelaki bukan warga negara dan bersalin di luar negara, anak tidak dibenarkan untuk diberikan kewarganegaraan Malaysia secara automatik.

“Ada portal media hiburan mensensasikan cerita mengenai warga negara anak saya dan menulis artikel tanpa kebenaran saya.

“Sudah tentu, saya ingin anak menjadi rakyat Malaysia, tetapi suami adalah warga British. Kami bekerja dan menetap di United Kingdom (UK),” tulisnya dalam IG.

Setelah di kritik netizen, Dr Amalina tampil jelaskan kenapa pilih kerakyatan British untuk anak

Namun, katanya, dia tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin disebabkan komitmen kerja.

“Saya kini sedang sarat hamil dan masih bekerja.

“Mengambil penerbangan jarak jauh dan cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk bayi.

“Ini juga keputusan terbaik untuk kami sekeluarga,” ujarnya.

Pada masa sama, pakar bedah yang bertugas di hospital terkemuka di London itu turut menegur segelintir warga netizen yang menghina dan melemparkan fitnah kepadanya.

“Kepada mereka yang suka menghina dan melemparkan fitnah, saya berada di sini bukan membuat perkara tidak berfaedah.

“Saya bekerja, menyambung kepakaran dan membuat ijazah doktor falsafah (PhD) supaya menjadi pakar terbaik dalam bidang perubatan

“PhD saya ditaja oleh geran NIHR UK dan saya memenangi fellowship daripada Imperial College London atas usaha saya,” ujarnya.

Kongsinya, latihan pakar dijalani juga dibayar oleh duit cukai rakyat UK selepas bersaing dengan beribu rakyat UK dan graduan antarabangsa untuk mendapat tempat dalam program ini.

“Saya berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat membantu ramai orang dengan kepakaran yang saya ada, insya-Allah. Salahkah saya mahu menuntut ilmu?,” persoalnya.

Setelah di kritik netizen, Dr Amalina tampil jelaskan kenapa pilih kerakyatan British untuk anak

Wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu berkata, dia sedar ada wanita Malaysia berkahwin dengan warga asing yang masih memperjuangkan hak anak untuk mendapat kerakyatan Malaysia.

“Saya berharap mereka akan menemui jalan penyelesaian.

“Cukuplah dengan kata kesat dan suka menghukum orang lain. Marilah kita berkata perkara baik dan mendoakan kesejahteraan orang lain. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui,” katanya.

Tambahnya, anaknya tetap berdarah kacukan Melayu walaupun menetap di UK dan berbangsa Inggeris.

“Percampuran dua budaya akan memberikan kehidupan berwarna-warni. Saya akan membesarkan anak untuk memahami nilai Malaysia, agama Islam dan mempelajari bahasa Melayu.

“Pada penghujungnya, tidak kira di mana kami tinggal atau pasport apa yang dipegang, yang penting mereka adalah insan mempunyai nilai moral baik yang boleh menyumbang kepada kemanusiaan,” katanya.

Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.

Baca Lagi:

DG Noor Hisham dedah perkara sebenar pasal Najib Razak dibawa ke hospital

Ini cara ‘check’ harga sebenar produk di Shopee dan Lazada sebelum ‘diskaun’

Ingatkan aircond bocor, wanita terkejut rupanya air mayat busuk yang mengalir

CATEGORIES