KJ nafi Najib akan ke IJN, banduan perlu terima rawatan di hospital kerajaan

KJ nafi Najib akan ke IJN, banduan perlu terima rawatan di hospital kerajaan

KJ nafi Najib akan ke IJN, banduan perlu terima rawatan di hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan yang Datuk Seri Najib Tun Razak akan dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menerima rawatan.

Sebaliknya, kata beliau, berdasarkan prosedur, setiap banduan perlu menjalani rawatan di hospital kerajaan.

KJ nafi Najib akan ke IJN, banduan perlu terima rawatan di hospital kerajaan

Tambah beliau, dalam kes bekas Perdana Menteri itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah membuat keputusan bahawa Najib dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Prosedur banduan adalah dirujuk ke hospital kerajaan dan bagi kes Najib, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memutuskan beliau dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Khairy berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan media mengenai Najib yang juga Ahli Parlimen Pekang yang kini menjalani hukuman penjara akan dirujuk ke IJN selepas dimasukkan ke HKL pada Isnin.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan Ahli Parlimen Pekan itu berkemungkinan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini, kata peguam beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Menurut Muhammad Shafee, tekanan darah bekas Perdana Menteri itu dilaporkan tidak menentu selain puncanya masih belum diketahui.

Najib yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang dimasukkan ke HKL sejak semalam.

Baca Lagi:

DG Noor Hisham dedah perkara sebenar pasal Najib Razak dibawa ke hospital

Ingatkan aircond bocor, wanita terkejut rupanya air mayat busuk yang mengalir

Ini fakta yang perlu anda tahu kenapa harga tiket ke Sabah dan Sarawak mahal

CATEGORIES