Ingatkan aircond bocor, wanita terkejut rupanya air mayat busuk yang mengalir

Ingatkan aircond bocor, wanita terkejut rupanya air mayat busuk yang mengalir

Ingatkan aircond bocor, wanita terkejut rupanya air mayat busuk yang mengalir. Seorang wanita tidak menyangka cecair yang membasahi dinding rumahnya rupa-rupanya adalah cecair dari mayat.

Kejadian yang berlaku di wilayah Nonthaburi, Thailand selepas wanita berusia 49 tahun itu mendapati dinding rumahnya basah dengan cecair mengalir melalui siling.

Beliau pada awalnya menyangka cecair itu adalah sos ikan kerana baunya yang busuk.

Ingatkan aircond bocor, wanita terkejut rupanya air mayat busuk yang mengalir

Difahamkan, wanita itu pergi bercuti pada hujung minggu dan apabila pulang ke rumah pada jam 8 malam, dia terhidu bau busuk dalam apartmentnya.

Hasil pemerhatian mendapati terdapat ‘air hitam’ mengalir dari celah siling dan menyebabkan lopak di atas lantai. Ketika itu beliau menyangka ia adalah cecair sos ikan yang ditapai.

Beliau kemudian membuat laporan kepada pengurus apartment tentang kejadian tersebut dan pasukan penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian.

Menurut pekerja penyelamat, cecair itu adalah lebih lepada cecair daripada mayat yang sudah reput daripada rumah atas.

Susulan itu, beberapa pegawai dari Balai Polis Bang Si Muang tiba dilokasi dan menjumpai mayat seorang lelaki yang dianggarkan meninggal dunia sekitar tiga hari lalu. Polis turut menemui dadah dan picagari dalam bilik itu namun tidak menemui sebarang tanda-tanda pergaduhan atau pergelutan berlaku.

Sehingga kini, bau busuk dari cecair mayat itu masih menggangu rumah wanita ini sehingga menyebabkan beliau tidak boleh tidur lena.

Baca Juga : 

‘Abang nak main tak?’ Lelaki bujang cemas diganggu lelaki gatal muncul depan rumah setiap malam

Ini cara ‘check’ harga sebenar produk di Shopee dan Lazada sebelum ‘diskaun’

Tular video lelaki berkerja atas kapal ‘diganggu’ oleh makhluk halus jam 3 pagi buat netizen seram

CATEGORIES