DG Noor Hisham dedah perkara sebenar pasal Najib Razak dibawa ke hospital

DG Noor Hisham dedah perkara sebenar pasal Najib Razak dibawa ke hospital

DG Noor Hisham cerita hal sebenar pasal Najib Razak dibawa ke hospital. Ubat yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak semasa dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Jumaat lalu adalah jenis sama dan dalam senarai ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, bekas Perdana Menteri itu mendapat pemeriksaan dan ujian kesihatan oleh pakar perunding kanan bertauliah terdiri daripada ketua perkhidmatan klinikal bagi bidang masing-masing.

Menurutnya, sebaik dimasukkan ke HKL, Najib dirujuk sebagai kes elektif (bukan kecemasan) untuk memastikan kesihatannya berada pada tahap yang baik dan optimum.

DG Noor Hisham dedah perkara sebenar pasal Najib Razak dibawa ke hospital

 

“Pihak HKL juga mengadakan sidang keluarga sebanyak dua kali yang dihadiri bekas Perdana Menteri itu dan ahli keluarganya.

“Keputusan ujian dimaklumkan semasa sidang itu mengikut amalan profesional kedoktoran. Mereka dimaklumkan mengenai keputusan sebulat suara pakar perunding supaya beliau dibenarkan untuk didiscaj daripada HKL.

“Dimaklumkan juga bahawa jenis ubat yang dipreskripsi semasa kemasukan wad adalah yang sama jenisnya dan dalam senarai ubatan KKM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, keadaan Najib sihat sebelum dibenarkan discaj.

Kata beliau, sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan pesakit boleh dikemukakan kepada Mahkamah sekiranya diarahkan pihak berkenaan.

Terdahulu, Najib dilaporkan akan dirujuk ke Hospital Kajang petang ini berikutan ubat darah tinggi baharu yang diambilnya menyebabkan kesan teruk ke atas beliau.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram pada prosiding perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Najib di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Baca Juga : 

Terkini : Sultan Selangor tarik balik darjah kebesaran Najib Razak dan Rosmah Mansor

Tersilap makan ubat, keadaan Najib Razak semakin teruk dalam penjara

Ini keadaan Najib Razak sekarang, badan semakin susut, makan makanan sama macam banduan lain

CATEGORIES