Buat bising pada waktu malam, lelaki parah ditikam

Buat bising pada waktu malam, lelaki parah ditikam

Buat bising pada waktu malam, lelaki parah ditikam.

Gara-gara membuat bising pada waktu malam, seorang lelaki cedera parah apabila ditikam individu tidak dikenali di kawasan pantai, di sini kelmarin.

Lapor thethaiger, mangsa yang dikenali sebagai Narintorn sedang bersantai di tepi pantai bersama rakan-rakannya apabila seorang lelaki keluar dari khemah dan menyuruhnya bercakap lebih perlahan.

Buat bising pada waktu malam, lelaki parah ditikam

Narintorn kemudiannya berang dengan teguran itu dan meminta lelaki tersebut jangan masuk campur urusannya.

Suslan itu, lelaki tersebut mengeluarkan pisau dan menikam suspek di bahagian dada, sebelum melarikan diri.

Pasukan keselamatan dan paramedik dikerah ke lokasi kejadian.

Mereka menemukam Narintorn dalam keadaan berlumuran darah dan dia dikejarkan ke hospital berhampiran.

Buat bising pada waktu malam, lelaki parah ditikam

Dalam pada itu, polis masih menyiasat kes tersebut dan mengesan suspek.

Kejadian itu bukan yang pertama melibatkan pergaduhan disebabkan bunyi bising di Thailand.

Pada Julai lalu, seorang lelaki didakwa menembak mati anak tirinya kerana memasang muzik terlalu kuat.

Baca Lagi:

Misteri masjid berusia 120 tahun muncul semula selepas tiga dekad tenggelam

Bekas Ketua Cawangan Pas meninggal dunia ketika tunai solat Maghrib di masjid

Dafi anak PM pelik ditawar jadi askar

CATEGORIES