Bengkel IPK Kedah terbakar, lima motosikal berkuasa tinggi milik PDRM musnah

Bengkel IPK Kedah terbakar, lima motosikal berkuasa tinggi milik PDRM musnah

Bengkel IPK Kedah terbakar, lima motosikal berkuasa tinggi milik PDRM musnah.

Sepuluh kereta dan lima motosikal berkuasa tinggi milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) musnah dalam kebakaran sebuah bengkel di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, awal pagi Isnin.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, sebaik pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 4.53 pagi sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dikejarkan ke lokasi dan tiba lima minit kemudian.

Bengkel IPK Kedah terbakar, lima motosikal berkuasa tinggi milik PDRM musnah

“Setibanya di lokasi api sedang marak membakar 15 kenderaan yang terdapat di dalam bengkel terbabit.

“Bomba terpaksa mengambil masa lebih 10 minit untuk mengawal api daripada merebak memusnahkan sejumlah lagi kenderaan lain,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Jelas Mohamadul Ehsan, kebakaran memusnahkan lebih 80 peratus bangunan kelas B itu selain punca dan kerugian masih dalam siasatan Bomba.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad mengesahkan kejadian dan ketika kejadian terdapat tiga anggota di bengkel terbabit.

“Tiga anggota ini merupakan pemandu terdengar bunyi letupan dan ternampak percikan api bermula dari bahagian bumbung di dalam bengkel terbabit,” kataya.

Jelasnya, kesemua mereka selamat selepas berjaya keluar dari bengkel terbabit sebelum api marak.

Jelas Wan Hassan siasatan kini masih dilakukan Bahagian Unit Forensik JBPM untuk mengetahui punca kejadian.

Baca Lagi:

TERKINI : Helikopter hilang sudah ditemui

Sempena kematian Queen Elizabeth, semua pengedar dadah di UK beri harga diskaun untuk Kokain dan Ketamin

Tersilap makan ubat, keadaan Najib Razak semakin teruk dalam penjara

CATEGORIES