Jika bagi derma kepada pengemis, anda akan dipenjara selama 3 bulan

Jika bagi derma kepada pengemis, anda akan dipenjara selama 3 bulan

Jika bagi derma kepada pengemis, anda akan dipenjara selama 3 bulan.

Penduduk di Semarang, Jawa Tengah kini tidak lagi dibenarkan memberi derma kepada peminta sedekah dan gelandangan di jalan raya atau tempat awam yang lain.

Ini kerana, pihak berkuasa Semarang akan mengenakan hukuman penjara selama tiga bulan dan denda sebanyak sejuta rupiah (RM302) kepada mana-mana individu yang didapati memberikan wang kepada golongan tersebut.

Lapor Kompas, pihak berkuasa juga akan melibatkan pihak pendakwa raya dan mahkamah berhubung hukuman dikenakan terhadap individu yang melanggar peraturan tersebut.

Jika bagi derma kepada pengemis, anda akan dipenjara selama 3 bulan

Ketua Unit Pencegahan Jenayah, Maksiat dan Pemerdagangan Orang di Perkhidmatan Sosial Semarang, Bambang Sumedi berkata, pihaknya akan bertindak sebagai ejen sosialisasi dalam memberikan kefahaman kepada orang ramai sebelum peraturan itu dikuatkuasakan.

Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa pada bulan depan.

“Bermula 15 hingga 30 September ini, kita akan mengadakan sesi itu di lokasi tumpuan peminta sedekah dan gelandangan sekitar jalan raya,” katanya.

Menurut Bambang, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan dan Polis Perkhidmatan Awam Kota Semarang bagi melaksanakan peraturan itu secara berkesan.

Sementara itu, Bambang menasihati penduduk untuk menyalurkan bantuan wang tunai mereka di saluran yang betul seperti rumah kebajikan atau tempat ibadat.

Selain itu, beliau memberitahu pihaknya akan memberi latihan kepada gelandangan bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan supaya tidak perlu meminta sumbangan di tempat awam.

Tegas Bambang, pihaknya juga akan melakukan pemantauan secara berkala terhadap golongan itu di Semarang.

Baca Lagi:

Kisah disebalik tauke Cina suami isteri bina surau khas untuk pengunjung mall solat

[Video] Polis tumpang kereta Myvi, kejar lelaki lari dari ‘Roadblock’

Setelah 10 Tahun Menyepi, begini keadaan penyanyi Waheeda sekarang

CATEGORIES