Pelitup muka kini tidak wajib dipakai berkuat kuasa serta merta

Pelitup muka kini tidak wajib dipakai berkuat kuasa serta merta

Pelitup muka kini tidak wajib dipakai berkuat kuasa serta merta.

Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di dalam bangunan, namun masih diwajibkan bagi individu bergejala dan disahkan positif Covid-19.

Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang berkata, ia akan berkuat kuasa serta-merta.

“Berdasarkan penilaian situasi semasa Covid-19 serta mengambil kira keperluan semasa, pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan.

“Bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan IGBA-MOPI 2022 di sini, hari ini.

Pelitup muka kini tidak wajib dipakai berkuat kuasa serta merta

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan bagi kes positif Covid-19.

Selain itu, katanya, pemakaian juga diwajibkan semasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang, bas, van pekerja dan van sekolah serta berada di fasiliti kesihatan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menggalakkan pemakaian pelitup muka terus diamalkan terutama apabila berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, gedung beli-belah dan rumah ibadat.

“Bagi individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema, individu berisiko tinggi seperti warga emas, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung serta melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi,” katanya.

Bermula 1 Mei lalu, KKM mengumumkan kelonggaran pemakaian pelitup muka apabila ia tidak lagi diwajibkan di luar bangunan dan kawasan terbuka, namun pelitup muka masih wajib dipakai apabila berada di dalam bangunan dan pengangkutan awam termasuk e-hailing.

Penguatkuasaan pemakaian pelitup muka adalah berdasarkan peruntukan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Baca Lagi:

Lelaki kantoi rakam kaum sejenis tengah ‘membuang’ di tandas RNR, tapi ayat dia buat ramai panas!

”Jangan tunggang anak untuk raih simpati”- Netizen bandingkan kes rasuah Zizie Izette dengan akak curi milo

Baru beberapa hari dimasukkan penjara, Najib mohon dibebaskan sehingga semakan diputuskan

CATEGORIES