Misteri mayat terapung pakai singlet kuning, seluar pendek ditemui di Lumut

Misteri mayat terapung pakai singlet kuning, seluar pendek ditemui di Lumut

Misteri mayat terapung pakai singlet kuning, seluar pendek ditemui di Lumut.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup mengumumkan mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di kedudukan 6.5 batu nautika barat laut Pulau Rumbia di Lumut, pada Selasa.

Sehubungan itu, bot Maritim Perkasa 1223 digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima makluman daripada nelayan tempatan pada pukul 7.55 pagi.

Misteri mayat terapung pakai singlet kuning, seluar pendek ditemui di Lumut

“Ketika ditemui mangsa hanya memakai seluar pendek dan baju singlet berwarna kuning. Pemeriksaan lanjut tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri.

“Mayat dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Mohd Hambali, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan orang hilang di laut setakat ini.

“Mana-mana individu yang mempunyai kehilangan ahli keluarga atau saudara segera hadir ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

“Komuniti maritim juga diingatkan untuk tidak ke laut sekiranya cuaca buruk selain mengutamakan keselamatan dengan memakai jaket ketika melakukan aktiviti di perairan negara,” katanya.

Tambah beliau, sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri di talian 05-6838737 atau MERS 999.

Baca Lagi:

”Jangan tunggang anak untuk raih simpati”- Netizen bandingkan kes rasuah Zizie Izette dengan akak curi milo

Lelaki kantoi rakam kaum sejenis tengah ‘membuang’ di tandas RNR, tapi ayat dia buat ramai panas!

Lelaki tangkap isteri berkhalwat dengan anggota polis berstatus suami orang

CATEGORIES