Lelaki tangkap isteri berkhalwat dengan anggota polis berstatus suami orang

Lelaki tangkap isteri berkhalwat dengan anggota polis berstatus suami orang

Lelaki tangkap isteri berkhalwat dengan anggota polis berstatus suami orang.

Seorang wanita ‘ditangkap’ oleh suaminya sendiri, ketika bersama dengan seorang anggota polis di sebuah bilik .

Kegiatan itu terbongkar selepas suaminya yang berusia 44 tahun berasa curiga dengan sikap isterinya.

Kejadian berlaku di Warrang Sawitto di Pinrang di Sulawesi, Indonesia.

Lelaki tangkap isteri berkhalwat dengan anggota polis berstatus suami orang
Gambar hiasan

“Kami mengesyaki isteri saya mempunyai hubungan sulit. Berdasarkan maklumat yang kami terima, isteri saya tinggal selama seminggu dengan seorang anggota polis yang bertugas di Pinrang.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, kami dapati kedua-duanya berada dalam sebuah bilik,” katanya pada Selasa.

Menurut lelaki itu, isterinya pada minggu lalu meminta anak mereka untuk menghantarnya ke wilayah Bone.

Setibanya di Bone, isterinya kemudian meminta anaknya pulang ke Pinrang.

Bagaimanapun, wanita itu kembali ke Pinrang dan tinggal bersama polis di sebuah bilik.

“Ketika serbuan dijalankan, anggota polis berkenaan melarikan diri dengan hanya memakai kain batik wanita itu.

Difahamkan, kejadian serupa berlaku beberapa kali sebelum ini.

“Sebenarnya kami bagi pihak keluarga (si isteri) telah mengetahui hal yang berlaku.

“Pihak keluarga pernah meminta anggota polis berkenaan untuk tidak berhubung lagi dengan isteri orang.

“Apatah lagi kedua-duanya sudah berstatus suami dan isteri orang,” kata adik kepada wanita itu.

Sementara itu, Ketua Polis Pinrang, AKBP Moh Roni Mostofa ketika dihubungi berkata, beliau masih belum menerima laporan berhubung insiden tersebut.

Baca Lagi:

Baru beberapa hari dimasukkan penjara, Najib mohon dibebaskan sehingga semakan diputuskan

”Jangan tunggang anak untuk raih simpati”- Netizen bandingkan kes rasuah Zizie Izette dengan akak curi milo

Honda Civic FE atas transporter musnah terbakar di lebuh raya (PLUS)

Leave a Reply

Your email address will not be published.