Warga emas berkelakuan pelik simen kereta dan rumah, kecoh seluruh Taman Setapak

Warga emas berkelakuan pelik simen kereta dan rumah, kecoh seluruh Taman Setapak

Warga emas berkelakuan pelik simen kereta dan rumah, kecoh seluruh Taman Setapak.

Satu kejadian pelik melibatkan seorang lelaki warga emas menyimen sebahagian daripada kawasan rumahnya menjadi tanda tanya penduduk setempat.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di salah sebuah rumah di kawasan perumahan di Jalan Cengal Selatan, Taman Setapak, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Warga emas berkelakuan pelik simen kereta dan rumah, kecoh seluruh Taman Setapak

Melalui video yang dimuat naik akaun TikTok bigbossm_iqbal97 menunjukkan orang awam berkumpul di hadapan rumah berkenaan.

Turut kelihatan kenderaan bomba dan polis yang diparkir di tepi jalan.

Hasil pemerhatian Majoriti, difahamkan warga emas tersebut mengalami masalah tekanan jiwa hingga mendorongnya menutup sebahagian rumahnya dengan simen.

Rakaman yang tular itu mendapat sejumlah 203,200 tontonan.

Sementara itu, di ruangan komen, Unlucky berkata, keluarga mangsa meminta bantuan polis untuk membawa lelaki terbabit ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan psikiatri.

“Abang bomba pula bantu potong kunci mangga sebab dia dah seal pintu guna simen dan kunci,” katanya.

“Memang tertanya-tanya, kat rumah ni buat tembok kecil dekat pagar, pakcik tu memang tak keluar rumah ke apa yang dia tampal kat kereta dia,” ujar May Mariza.

Warga emas berkelakuan pelik simen kereta dan rumah, kecoh seluruh Taman Setapak

Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan daripada pihak polis melalui talian MERS 999 pada pukul 9.45 malam Sabtu.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Mohd Anuar Ali, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada pukul 9.58 malam, pihak polis meminta bantuan untuk memotong mangga pintu.

Anggota bomba bertindak memecahkan tembok simen yang dibina di hadapan pintu bagi memotong mangga yang berkunci.

Seorang lelaki dewasa warga emas yang berada di dalam rumah telah dikeluarkan dengan selamat.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.05 tengah malam Ahad dan lelaki warga emas itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Baca Lagi:

Selepas viral 1 Malaysia mangsa MH370 masih hidup, akhirnya anak mangsa bersuara

Pulau Diego Garcia sudah ditawan oleh orang-orang Malaysia, apa sudah jadi?

Selepas pendedahan PrinceMeed, gambar terkini mangsa MH370 masih hidup berada di pulau Diego Garcia tersebar

CATEGORIES