Polis Arab Saudi belasah remaja perempuan di rumah anak yatim dikecam

Polis Arab Saudi belasah remaja perempuan di rumah anak yatim dikecam

Polis Arab Saudi belasah remaja perempuan di rumah anak yatim dikecam.

Pihak berkuasa Arab Saudi sudah membuka kertas siasatan selepas video menunjukkan anggota keselamatan memukul beberapa remaja perempuan di sebuah rumah anak yatim.

Menerusi rakaman tersebut, anggota polis dan pegawai berpakaian preman dikatakan menyerbu Rumah Pendidikan Sosial di Khamis Mushait, lapor BBC

Seorang pegawai dilihat mengheret seorang gadis dengan menarik rambutnya tanpa menghiraukan mangsa menjerit kesakitan, manakala, seorang anggota polis memukulnya dengan tali pinggang.

Gadis-gadis lain pula dilihat dikejar dan dipukul dengan kayu.

Bagaimanapun, masa dan suasana kejadian tersebut tidak jelas.

Pengguna Twitter yang mendakwa dia menyunting video tersebut menjelaskan gadis-gadis itu mengadakan ‘mogok terhadap rasuah dan ketidakadilan’ selepas mereka ‘menuntut hak mereka dari rumah anak yatim dan ditolak’.

Dia kemudian menyiarkan gambar yang menunjukkan lebam yang dialami mangsa dalam serbuan itu.

Seorang pegawai polis pula memberikan ugutan jika video tersebut tidak dipadamkan dalam media sosial.

Aktivis hak asasi manusia menyatakan kemarahan terhadap rakaman itu selepas tersebar Selasa lalu, dengan tanda pagar ‘Khamis_Mushait_Orphans’ menjadi sohor kini dalam Twitter Arab Saudi.

Kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di United Kingdom, ALQST berkata, rakaman itu tidak ‘berperikemanusiaan’ dan pihak berkuasa Saudi ‘mesti bertanggungjawab terhadap pelaku’.

Gabenor wilayah Asir di barat daya berkata, beliau sudah membentuk jawatankuasa bagi menyiasat rakaman itu dan hasilnya akan dirujuk kepada pihak berkuasa yang berwibawa.

Insiden itu tercetus ketika kebimbangan antarabangsa semakin meningkat tentang hak wanita di Arab Saudi.

Sejak beberapa tahun ini, kerajaan menarik balik larangan terhadap wanita memandu dan memenjarakan aktivis wanita terkemuka sebagai tindakan keras terhadap mereka yang berbeza pendapat.

Minggu ini, seorang wanita Arab Saudi dikenakan hukuman penjara 45 tahun kerana catatan dalam media sosial yang mengkritik pemimpin kerajaan.

Baca lagi:

Untung wanita ini, dapat hadiah Lamborghini Huracán bernilai RM1.5 Juta sempena birthday ke-23

Detik cemas 30 pengunjung terperangkap dalam kejadian kepala air, 2 kenderaan dihanyutkan arus deras

Banjir besar dijangka landa negara pada penghujung November – MetMalaysia

CATEGORIES