Nasib baik tak pancit tayar! 7 sekeluarga bonceng sebuah motosikal

Nasib baik tak pancit tayar! 7 sekeluarga bonceng sebuah motosikal

Nasib baik tak pancit tayar! 7 sekeluarga bonceng sebuah motosikal

Sebuah rakaman video memaparkan tujuh anggota sebuah keluarga menaiki sebuah motosikal menjadi perdebatan netizen yang mempunyai pendapat berbeza mengenai situasi tersebut, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Video yang dimuat naik oleh pegawai tempatan, Supriya Sahu di laman Twitter menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal sambil anak dan isterinya berusaha untuk membonceng kenderaan sama.

Rakaman turut mendedahkan kesemua individu tidak memakai topi keledar.

“Tiada kata-kata untuk situasi ini,” tulis pegawai itu dalam kapsyen.

Video itu meraih lebih 1.2 juta tontonan di Twitter dan menimbulkan pelbagai respons daripada pengguna.

Ramai yang berkata bahawa keluarga itu membahayakan nyawa mereka dengan melanggar peraturan lalu lintas. Namun sebilangan lagi berpendapat mereka terpaksa berbuat demikian kerana kemiskinan.

“Pemilik atau penunggang motosikal itu perlu ditangkap dan lesen memandu harus dibatalkan kerana membahayakan diri dan orang lain,” tulis seorang pengguna.

“Ini bukan perkara melucukan. Kedaifan hidup memaksa mereka bersesak di atas sebuah motosikal kecil, semoga kehidupan akan menjadi lebih baik untuk keluarga ini,” tulis seorang lagi.

Baca lagi:

Anak kecewa kakitangan bank tidak ada perasaan! Terpaksa angkut ibu lumpuh guna ambulans ke bank perbaharui kad ATM

“TikToker” Ini gesa berbilion pengguna telefon pintar Android mematikan ciri ini dengan segera

[VIDEO] Warga asing tunjuk isyarat lucah kepada anggota polis ketika malam merdeka dicekup

CATEGORIES