Detik cemas 30 pengunjung terperangkap dalam kejadian kepala air, 2 kenderaan dihanyutkan arus deras

Detik cemas 30 pengunjung terperangkap dalam kejadian kepala air, 2 kenderaan dihanyutkan arus deras

Detik cemas 30 pengunjung terperangkap dalam kejadian kepala air, 2 kenderaan dihanyutkan arus deras.

Kegembiraan lebih 30 pengunjung yang berkelah di Lata Ulu Kasar, Setiu bertukar cemas selepas mereka terperangkap dalam kejadian kepala air pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu menyebabkan dua buah kenderaan dihanyutkan arus deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd Razli Rapaie berkata, sejurus menerima maklumat kira-kira jam 5.30 petang seramai 17 kekuatan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya sejurus tiba dilokasi kejadian pihaknya mendapati kereta jenis Perodua Aruz dan Proton Savvy dihanyutkan arus.

Bagaimanapun kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa dan seramai 32 mangsa termasuk 13 kanak-kanak selamat.

Katanya kesemua mangsa telah dihantar ke masjid merbau menyusut oleh pasukan bomba dan orang awam.

Terdahulu tular di media sosial pengunjung berdepan detik cemas selain enam buah kereta hampir tenggelam dengan air deras yang melimpah.

CATEGORIES