Anak kecewa kakitangan bank tidak ada perasaan! Terpaksa angkut ibu lumpuh guna ambulans ke bank perbaharui kad ATM

Anak kecewa kakitangan bank tidak ada perasaan! Terpaksa angkut ibu lumpuh guna ambulans ke bank perbaharui kad ATM

Anak kecewa kakitangan bank tidak ada perasaan! Terpaksa angkut ibu lumpuh guna ambulans ke bank perbaharui kad ATM.

Seorang wanita kecewa dengan layanan kakitangan dan sistem sebuah bank tempatan yang dikatakan tidak mesra pelanggan serta menyusahkan.

Ini kerana menurutnya, dia terpaksa ‘mengangkut’ ibunya yang kini terlantar di atas katil menggunakan ambulans untuk ke bank bagi proses penukaran kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang baharu.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, wanita tersebut memaklumkan bahawa kad ATM ibunya itu tidak boleh digunakan lagi kerana sudah tamat tempoh dan perlu digantikan kad baharu dengan segera.

WhatsApp Image 2022 09 02 at 11.28.05 AM

Sebelum itu katanya, dia ada menelefon pihak bank bertanyakan proses untuk menukar kad ATM baharu untuk ibunya yang kini lumpuh dan hanya mampu terlantar di atas katil.

Namun katanya, pihak bank memberitahu bahawa tiada cara lain untuk memperbaharui kad ATM dan dia perlu membawa ibunya ke bank.

“Saya terpaksa meminta bantuan daripada pihak ambulans (St Johns) untuk membawa mak ke bank kerana tak boleh bawa mak naik kereta dengan keadaannya yang tidak boleh duduk.

“Semua itu kos yang terpaksa saya keluarkan sendiri bukan percuma, ada juga bank yang tidak ada timbang rasa dekat orang sakit,” luahnya.

Kosmo! difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah negeri di utara semenanjung.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam tindakan pihak bank tersebut yang dianggap mereka terlalu ‘kejam’ dan menggunakan sistem ‘kuno’ malah ada juga yang berkongsi pengalaman menggunakan khidmat bank lain.

“Ibu saya (kakitangan bank), kalau ada kes macam ni dia dengan staf lain sendiri pergi rumah orang tu ambik cop jari, paling tidak pun kalau boleh bergerak tapi tak mampu nak berjalan boleh duduk dalam kereta je pun boleh staf keluar ambik cop jari walaupun orang itu dalam kereta,” tulis @hdrsma.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna Twitter dikenali sebagai @Hanifariffin97.

“Benda ni betul dulu bawa arwah nenek tak dapat turun kereta sebab tak boleh jalan, pegawai tu suruh juga datang kaunter. Bukan main susah nak turun sebab tempat tu sempit, kemudian pegawai tu keluar dari pejabat pergi kat kereta, ” ujarnya.



Baca lagi:

Anak perempuan Rosmah Mansor setuju dan sokong Mahkamah jatuhkan hukuman kepada ibunya

“TikToker” Ini gesa berbilion pengguna telefon pintar Android mematikan ciri ini dengan segera

Isteri anggota polis separuh bogel ditangkap khalwat dengan anak ketua kampung, siap ada video

CATEGORIES