Rosmah Mansor berhati syaitan!, Fazley Yaakod dan isteri dedah perbuatan terkutuk buat ramai netizen terkejut!

Rosmah Mansor berhati syaitan!, Fazley Yaakod dan isteri dedah perbuatan terkutuk buat ramai netizen terkejut!

Rosmah Mansor berhati syaitan!, Fazley Yaakod dan isteri dedah perbuatan terkutuk buat ramai netizen terkejut!

Sesungguhnya doa orang teraniaya itu makbul. Setelah bertahun-tahun menyimpan rahsia dan memendam rasa perit lagi menyakitkan, akhirnya kesabaran itu terbalas dengan sebuah kemenangan.

Itulah nasib menimpa Dato’ Fazley Yaakob sekeluarga bersama isteri tercinta, Datin Azrene Ahmad yang merupakan anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

Tidak sanggup memendam lagi kebenaran, Azrene mendedahkan kegiatan Rosmah yang selama ini menggunakan bomoh, ilmu hitam dan sebagainya untuk mengekalkan tampuk kuasa supaya matlamat hidupnya tercapai.

Hari ini berakhirlah satu era pemerintahan kuku besi seperti doa ramai orang. Sewaktu membesar, saya pandang tinggi dua individu ini, sayang dan hormat pada mereka. Pernah satu ketika saya sanggup berjalan merentas lautan api untuk mereka. Tapi makin saya dewasa, saya lihat sendiri sikap pentingkan diri sendiri dan ketamakan mereka, lebih dari segalanya.

Rosmah Mansor berhati syaitan!, Fazley Yaakod dan isteri dedah perbuatan terkutuk buat ramai netizen terkejut!

Saya alami sendiri penderaan emosi, fizikal dan mental di tangan individu sebelah kiri gambar. Saya tengok dengan mata kepala sendiri penderaan serupa yang dia lakukan pada individu belah kanan. Saya saksikan sendiri pencerobohan, persetujuan dan perjanjian yang mereka berdua lakukan untuk mendapatkan kuasa dan menyemarakkan ketamakan mereka.

Saya saksikan sendiri perjanjian-perjanjian rahsia yang dibuat oleh individu sebelah kanan. Wang dalam beg briefcase bertukar tangan, dibelanjakan macam air, bukan untuk kebajikan rakyat tapi untuk membeli barang kemas, merasuah pegawai, atau digunakan supaya mendapat lebih banyak kuasa.

Ada banyak sebab bomoh, tukang sihir dan doktor estetik keluar masuk rumah saya, tapi selalunya berperanan untuk mempengaruhi dan menguasai rakan taulan dan ahli keluarga, atau mendatangkan mudarat pada individu yang berani menentang mereka. Banyak wang dikeluarkan ke akaun bank luar negara mereka untuk perbelanjaan peribadi. Peti besi penuh diisi barang kemas, batu permata dan wang tunai.

Tak seronok pun bila saya dijadikan seperti keldai untuk membawa wang tunai dan kasut kristal masuk dan keluar negara. Banyak kali saya cuba dijual untuk berkahwin dengan pembida tertinggi, atau individu berkedudukan tinggi supaya mereka boleh mendapat faedah politik dan sosial.

Ketamakan dan sikap tinggi diri mereka semakin menebal dengan setiap langkah mereka mendekati kedudukan teratas. Tak ada apa yang dapat menghentikan pemerintahan kejam mereka waktu itu, tapi saya terus berada di sisi mereka kerana kesetiaan dan tugas saya. Namun apabila kekejaman itu kemudian difokuskan kepada saya, dan saya tak dapat nak bertahan lagi, saya bawa diri. Dan di situ permulaan saya dipulaukan dari keluarga malang ini.

Apabila saya berkahwin dengan jejaka pilihan saya setelah putus asa meyakinkan mereka untuk lepaskan saya, unit keluarga saya yang baru pula diganggu dengan layanan kejam dan menjatuhkan maruah oleh Rosmah Mansor dan mereka yang bekerjasama dengannya.

Tak ada siapa peduli apabila dia menggunakan pelbagai penjawat awam, jentera, pihak media dan ahli parlimen untuk mengganggu keluarga saya. Terlalu banyak cara kreatif lain yang digunakannya untuk menakut-nakutkan kami dan menutup semua peluang untuk kami cari makan bagi membesarkan anak-anak kami.

Semasa semua ini berlaku, beberapa kali saya cuba untuk meminta bantuan dari Perdana Menteri kita, tetapi tidak diendahkan. Malah, dia sendiri melenyapkan jejak yang ditinggalkan isterinya. Hanya dia seorang boleh membantu, tetapi dia enggan, dia tutup mata dan telinganya.

Dia terlalu takut pada pasangannya untuk membantu saya mahupun mempertahankan hak orang ramai apabila dia sedar sesuatu yang buruk telah menyelinap masuk ke dalam 1MDB. Sebaliknya, keluarga ini telah melakukan perbuatan menjijikkan dan pengkhianatan dengan melarikan wang orang ramai yang berjumlah berbilion dolar yang digunakan bukan saja untuk kepentingan peribadi malah untuk merasuah, melakukan ugutan, menyenyapkan, mencacatkan malah membvnuh.

Hari saya tinggalkan rumah, saya telah memberi amaran, bahawa mereka hanya berkuasa kerana mereka diberi kepercayaan oleh orang ramai. Mereka berada di situ untuk berkhidmat kepada orang ramai, bukan sebaliknya. Akan tiba suatu masa, orang ramai akan menghukum mereka berdua kerana penyelewengan yang dilakukan. Akan tiba masa Tuhan menghukum mereka kerana pengkhianatan yang dilakukan setelah bersumpah untuk melindungi orang ramai.

Hari ini, pesanan saya untuk anda berdua, untuk adik beradik saya yang bersekongkol dalam perbuatan ini, serta mereka yang bekerjasama dan berkonspirasi mengkhianati rakyat yang tidak bersalah untuk mendapatkan kemewahan ialah, anda dapat apa yang anda usahakan, tak berlebih dan berkurang.

Tuhan telah mengabulkan doa rakyat. Tuhan telah mengabulkan doa saya dan keluarga. Anda telah diketepikan.

Sebagai saudara yang ada pertalian darah dengan keluarga ini, saya berdoa supaya anda menggunakan pengalaman dan masa yang ada untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Semoga Dia mengasihani jiwa anda yang kelam. Hanya Dia punya kuasa untuk memaafkan anda semua.”

Dalam pada itu, Fazley pula rasa bersyukur kerana perjuangan arwah bapanya, Datuk Hj Yaakob Mohammad bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuahkan hasil demi menyelamatkan negara tercinta.

Namun, arwah bapanya telah ‘pergi’ dahulu sebelum sempat menyaksikan kejayaan itu. Dan, sehingga hari ini masalah kesihatan dialami oleh bapanya masih menjadi misteri.

Pemergiannya itu sangat mengejutkan seluruh ahli keluarga kerana bapanya tidak pernah menghidap sebarang penyakit. Begitu misteri ‘sakit’ yang dialaminya sehingga meninggal dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Selepas berkahwin, barulah dia mengetahui kekejaman dilakukan ibu kepada isterinya sendiri iaitu Rosmah. Segala daya upayanya mencuba menutup pintu rezeki anaknya sendiri dan merosakkan reputasi dibina oleh arwah bapa Fazley.

Berat sungguh penindasan kepada keluarga Fazley dengan pelbagai hinaan diterima. Dia sangat bersyukur kerana isterinya seorang yang sangat tabah menghadapi tentangan ibunya sendiri tanpa sebab munasabah.

Azrene pula mendedahkan segala ketamakan ibunya dan penyelewengan wang 1MDB. Duit rakyat juga sewenang-wenangnya digunakan untuk tujuan peribadi, memeras ugut, rasuah dan membunuh.

Tuhan telah menjawab doa mereka dengan ganjaran yang lebih besar. Memang berat sungguh dugaan diterima selama ini yang tidak pernah kita ketahui. Moga Fazley dan keluarga boleh membantu Dr Mahathir dan pihak polis untuk membuka kes dan menjalankan siasatan ke atas perbuatan jenayah dilakukan Rosmah dan suami, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walau bagaimanapun, pembongkaran Azrene menerusi laman Instagramnya telah dipadam. Mungkin ada manusia yang dengki, membuat laporan untuk membuang kapsyen tersebut.

Semoga Rosmah menerima balasan setimpal di atas perbuatannya. Kini, rakyat semakin matang dan tidak membuta tuli menyokong pemerintah yang kejam.

Baca Lagi:

4 beranak maut motosikal bertembung dengan treler

[VIDEO] Aliff Syukri kena ‘sound’ setepek dengan Apak Khalifah

Debaran tiga kes berprofil tinggi akan diketahui minggu pertama September ini

Leave a Reply

Your email address will not be published.