Pakistan ditengelami banjir terburuk dalam sejarah, tiada lagi daratan yang selamat
Pakistan ditengelami banjir terburuk dalam sejarah, tiada lagi daratan yang selamat.
Sekurang-kurangnya 1/3 kawasan Pakistan ditenggelami banjir, menurut Menteri Iklimnya, Sherry Rehman, yang menyifatkan antara terburuk dalam sejarah.
”Situasi sekarang seolah-olah satu lautan besar, tiada lagi kawasan daratan untuk kami alirkan air.
”1/3 Pakistan kini benar-benar ditenggelami banjir, ia melepasi semua sempadan dan kebiasaan yang kami jangka dan pernah lihat sebelum ini.
”Pakistan tidak pernah melihat bencana seperti ini,” kata Sherry yang turut mengakui bahawa krisis yang dialami negaranya tidak boleh dibayangkan setakat ini.
Pakistan sebelum ini dilanda musim moonson yang bermula Jun lepas. Sejak itu, negara berkenaan turut merekodkan penerimaan hujan paling lebat dalam sejarah, dengan sebahagiannya menyalahkan perubahan iklim sebagai puncanya.
Bencana tersebut menyebabkan kemusnahan infrastruktur seperti jalan raya dan kawasan kediaman selain menjejaskan kawasan pertanian, turut meragut sekurang-kurangnya 1,136 maut dan berjuta lagi kehilangan tempat tinggal.
Hard to comprehend the scale of the flood disaster in Pakistan, the 5th most populated nation in the world.
Nearly 1400 dead, 1 million houses damaged or destroyed, and 50,000,000 people displaced.
1/3 of the country is underwater.pic.twitter.com/NFd15q3g7I
— Colin McCarthy (@US_Stormwatch) August 30, 2022
Bercakap kepada BBC, Menteri Luar, Bilawal Bhutto-Zardari berkata, satu pertiga daripada angka korban tersebut dipercayai melibatkan kanak-kanak, sambil menambah bahawa situasi sebenar kerosakkan dan kemusnahan masih lagi belum jelas ketika ini.
Data rasmi ketika ini menganggarkan sekurang-kurang 33 juta orang penduduk Pakistan, iaitu setiap seorang daripada tujuh orang, terjejas dalam bencana banjir bersejarah ini.
Beribu-ribu penduduk yang tinggal di kawasan pergunungan juga diminta segera berpindah ke kawasan selamat. Bagaimanapun, dengan situasi yang mendesak, ramai yang masih menanti untuk diselamatkan biarpun angkatan tentera negara itu mengerahkan pelbagai aset-asetnya seperti helikopter untuk turut serta dalam misi menyelamat.
Horrifying footage from S. #Pakistan today of entire building washed away by floods. Over 935 people killed, more than 33 million affected, worst natural disaster for country in decades: pic.twitter.com/aO6ZMlQycf
— Joyce Karam (@Joyce_Karam) August 26, 2022
Bagi mereka yang berjaya menyelamatkan diri, kini tepaksa berhimpit di beberapa kem penempatan sementara yang dibuka oleh kerajaan.
Mengikut rekod, Pakistan pernah dilanda banjir pada 2010 yang meragut sekurang-kurangnya 2,000 nyawa. Banjir berkenaan dianggap yang terburuk dalam sejarah negara itu setakat ini.
One third of the country is under water. Our hearts, duas, and donations are with our brothers and sisters in #Pakistan. The whole world needs to come together to help them through this, and do our part to not make the already vulnerable even more vulnerable with our neglect. 🇵🇰 pic.twitter.com/Wvw9HgSBmH
— Dr. Omar Suleiman (@omarsuleiman504) August 30, 2022
Baca Lagi:
Kerana percaya akan mendapat wang berjuta-juta dari scammer, warga emas hilang RM1.87 juta
[VIDEO] Aliff Syukri kena ‘sound’ setepek dengan Apak Khalifah