Bakal pengantin dicekup berkhalwat

Bakal pengantin dicekup berkhalwat

Bakal pengantin dicekup berkhalwat. Pasangan tunang yang bakal mendirikan rumah tangga pada Oktober ini ditahan kerana didapati berdua-duaan di dalam bilik hotel bajet di Bandar Puteri Jaya di sini selepas menyambut Hari Kemerdekaan pada malam tadi.

Gadis berusia 19 tahun itu juga dikatakan sanggup mengambil cuti sakit untuk meraikan sambutan kemerdekaan bersama tunangnya berusia 23 tahun.

Pasangan yang mendakwa sudah dua tahun bertunang tersebut berasal dari Serdang, Kulim dekat sini dan bekerja sebagai operator pengeluaran.

Bakal pengantin dicekup berkhalwat

Mereka ditahan dalam Ops Ambang Merdeka yang dijalankan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Skuad Badar kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd. Noor Ismardi Ismail berkata, operasi dilakukan bermula pukul 12 tengah malam sehingga 5 pagi tadi.

“Kita menahan seramai lima pasangan berusia antara 19 tahun hingga lingkungan 40-an dan mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk laporan tangkapan,” katanya di sini hari ini.

Baca Lagi:

Kisah wanita yang tinggal dalam tabung besi selama 61 tahun sehingga ke nafas terakhir

Lelaki penggal kepala ibu saudara buat ‘sup lada’

4 beranak maut motosikal bertembung dengan treler

CATEGORIES