[VIDEO] Aliff Syukri kena ‘sound’ setepek dengan Apak Khalifah

[VIDEO] Aliff Syukri kena ‘sound’ setepek dengan Apak Khalifah

[VIDEO] Aliff Syukri kena ‘sound’ setepek dengan Apak Khalifah.

“Yang ini nak cari ‘part’ (bahagian) yang betul pun tak jumpa,” kata Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail mengenai lagu duet Datuk Seri Aliff Syukri dengan Baby Shima berjudul Baby Sayang. Mokhzani berkata, tular atau ‘trending’ bukanlah penentu kualiti sesebuah lagu.

Namun, beliau tidak menganggap ia mengganggu industri muzik tanah air. “Sebenarnya pendengar suka mendengar, termasuk saya nak dengar apa yang tak kena.

Memang tak kena kerana selalunya juri cari benda yang salah dalam nyanyian, tapi yang ini nak cari ‘part’ yang betul pun tak jumpa. Lihat video dibawah

[VIDEO] Aliff Syukri kena 'sound' setepek dengan Apak Khalifah

Dalam pada itu, Mokhzani yang kini bertugas secara kontrak dengan RTM turut menawarkan diri untuk menjaga vokal Aliff secara percuma sekiranya berhasrat untuk terus menghasilkan lagu selepas ini. “Lain kali panggil orang yang ada ‘telinga’ jaga vokal.

Bukan kita tak mahu tolong. Kira okeylah keseluruhannya nak juga dia menyanyi, tapi itulah kena ambil tindakan sebab nak keluar radio tak semudah itu.

“Kita pun bukan tak nak berkompromi soal ini. Lagu ini ‘simple’ dan muzik pun okey. Sesuai dengan konsep, cumanya masalah pada nyanyian.

“Baby Shima tiada masalah tapi nyanyian Datuk (Aliff) nak lagi kena berlatih. Okeylah setakat keluar YouTube ada 813,000 tontonan kiranya banyak. Cukuplah setakat itu,” katanya menerusi hantaran video yang dimuat naik menerusi Facebook Pianist DM.

Menerusi video terbabit, Mokhzani yang sering diundang sebagai juri Anugerah Juara Lagu dan Gegar Vaganza menjelaskan Aliff mempunyai banyak kelemahan dari segi suara berbanding Shima yang disifatkan sempurna.

“Padahal boleh perbetul macam-macam teknik boleh diguna. Memang Baby Shima sempurna tapi sempurna dia terlalu ‘perfect’ untuk Aliff sampai akan dengar dia punya ‘pitching’ nampak keterlaluan larinya.

“Boleh lagi diperbetulkan, tapi tak tahulah penerbit ambil sikap, mungkin silap-silap Datuk ini pun kena kelentong dengan penerbit.

Dia kata okey dah tu okey. Dia pun tak tahu apa, kata okey. “Suara tak sepadan dengan suara Baby Shima. Ya Allah dengar baliklah.

Padahal senang saja. Aduii tak tahu nak kata,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyalahkan Aliff sepenuhnya tetapi penerbit lagu ini tidak menggunakan teknologi.

“Apapun penerbit sekurang-kurangnya gunakanlah mesin. Sekarang macam-macam boleh buat. Suara katak pun boleh jadi elok.

“Memang tak lepas untuk siar di radio. Bukan tak nak tolong tapi memang tak boleh.

Baby Shima memang dah nyanyi sempurna. Tapi bila masuk vokal duet dengan seorang vokal begitu, memang tak lepas. Ada juga teknik vokal tampal.

Kenapa jadi begitu? Cuba terang sikit penerbit,” katanya.

“Sebenarnya banyak lagu sebegini dalam YouTube, tapi sebab dia Aliff Syukri dan dia seakan-akan mendabik dada dengan kenyataan artis nombor satu, itu yang orang tak boleh terima.

Dibawah pula video Apak geram bagi setepek ayat ni ke muka Aliff Syukri.

Kurang ajar kau ni, kita masuk rumah orang kita nak halau orang – Apak

[VIDEO] Aliff Syukri kena 'sound' setepek dengan Apak Khalifah

Bagaimanapun, lain pula bagi pelakon senior, Azhar Sulaiman turut tampil mengulas mengenai kehadiran mereka dalam industri hiburan tempatan.

Pemilik nama Hairi Azhar Sulaiman berkata, kehadiran mereka ini bukanlah ‘perosak’ yang didakwa telah ‘melacuri’ industri seni hiburan, sebaliknya hanya memeriahkan suasana sahaja.

Menerusi hantaran pelakon berusia 51 tahun di platform Instagram, dia berpendapat golongan pengasas produk turut mempunyai peminat yang sentiasa menanti-nantikan ‘konten’ daripada mereka.

[VIDEO] Aliff Syukri kena 'sound' setepek dengan Apak Khalifah

” Mereka bukanlah perosak industri seni. Mami (Azhar) menganggap mereka hanya sebagai ‘content provide’ kepada kita semua,”tulis Azhar di ruangan kapsyen.

Masih waras dalam menilai sesuatu ‘conten.

Dalam pada itu, bapa kepada personaliti media sosial iaitu Kasih Iris Leona mengatakan dia masih waras dalam menilai sesuatu hasil kerja atau ‘content’ bermutu yang dihasilkan oleh seseorang terutama dalam bidang nyanyian.

Malah, Azhar turut mengagumi Datuk Awie dan mengakui penyanyi otai itu sentiasa menjadi penyanyi nombor 1.

“Mami masih waras dalam menilai sesuatu content atau objektif di sosial media. Awie akan sentiasa menjadi penyanyi nombor 1 bagi Mami.

“Kepada Dato Awie, janganlah risau sangat. Saya pasti ramai orang masih tahu menilai apa yang bermutu dan apa yang ‘purely pandir’,”tulisnya lagi.

Cantik dan sedap terpulang pada minat masing.

Azhar berkata, sekiranya seseorang individu itu tidak meminat atau tidak mahu melihat video serta suara daripada mereka adalah sebolehnya memilih untuk ‘diabaikan’.

Jelasnya, taktik ‘kontroversi’ yang sengaja dilakukan oleh pengasas produk ini hanyalah sebagai salah satu cara mereka berniaga dan menjadi terkenal.

“Cantik dan sedap terpulang kepada individu yang minat. Yang tak minat, boleh saja tengok video materials yang skema-skema sahaja.

Mereka adalah ahli perniagaan dan ini cara ‘perniagaan mereka dan mesti jadi popular!”ujarnya dalam satu ruangan komen pada hantaran Media Hiburan.

Baca Lagi:

Berita gembira buat penjawat awam, PM umum naik gaji dan beberapa lagi faedah

Imam Besar Masjidil Haram ditangkap, penjara 10 tahun oleh Putera Mahkota

Bekas Imam Masjidil Haram dipenjara di bawah undang-undang Arab Saudi yang menakutkan

CATEGORIES