Tiada kerjasama dengan PN, keputusan muktamad – Rafizi

Tiada kerjasama dengan PN, keputusan muktamad – Rafizi

Tiada kerjasama dengan PN, keputusan muktamad – Rafizi.

Keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah muktamad.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, perkara itu sudah diputuskan dalam mesyuarat PH pada Rabu lalu.

“Mesyuarat PH pada Rabu lepas, dah buat keputusan noktah, maksudnya kita akan terus berkempen dan masuk pilihan raya sebagai PH.

Tiada kerjasama dengan PN, keputusan muktamad - Rafizi

“Kita sedia maklum sentimen rakyat sebab sentimen rakyat bukan soal siapa berkuasa, rakyat nak satu pembawaan yang benar-benar berjuang untuk mereka,” katanya kepada pemberita selepas selesai Jelajah Trak Ayuh Malaysia di kawasan parkir Stadium Paroi pada malam Ahad.

Hadir sama Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan.

Rafizi menegaskan, sekiranya alasan kerjasama dengan PN untuk menumbangkan BN, kerajaan baharu tidak akan stabil.

“Kami dah kena dulu malah rakyat juga sudah tahu bahawa kalau niat itu tidak betul maksudnya hanya menggunakan alasan untuk menumbangkan BN tetapi dasar, jiwa itu tidak kena dan serasi dengan masing-masing, kerajaan itu tidak akan stabil.

“Kami daripada dulu jadi pembangkang, jadi tidak ada jadi isu untuk kita dan macam saya sebut tadi misi kami berbeza.

“Kami hendak mencerdikkan rakyat, kami rasa bahawa fungsi untuk memperbaiki keadaan itu ambil masa, satu peringkat ke satu peringkat bukan semata-mata soal menjadi perdana menteri menjadi kerajaan,” katanya.

Baca lagi: 

Panas!! Saya akan dedahkan dokumen kaitkan Latiff dengan Zainab esok – Rafizi

Panas ! Rafizi dedah Isteri kedua Dr Latiff ‘jerung besar’ terlibat skandal LCS

Abdul Latiff perlu dipecat daripada Kabinet – Rafizi

CATEGORIES