Lelaki menyamar jadi dukun paksa janda lakukan seks dengan anak sendiri

Lelaki menyamar jadi dukun paksa janda lakukan seks dengan anak sendiri

Lelaki menyamar jadi dukun paksa janda lakukan seks dengan anak sendiri.

Kes dukun palsu yang menipu seorang wanita bergelar janda di Pekalongan, Jawa Tengah mendapat perhatian meluas dalam kalangan masyarakat.

Dukun palsu yang dikenali sebagai Afrizal, 29, didakwa menipu seorang wanita berusia 38 tahun dengan menyuruhnya melakukan perkara yang tidak masuk akal termasuk bersetubuh dengan anak sendiri.

Selain itu, suspek juga mengarahkan mangsa memotong anggota badan dan memeras ugutnya sehingga kerugian puluhan juta rupiah.

Lelaki menyamar jadi dukun paksa janda lakukan seks dengan anak sendiri

Kes bermula apabila mangsa menerima mesej dari seorang individu bernama Fitria dalam Facebook yang menyatakan wanita itu dikelilingi aura negatif dan perlu berubat segera dengan dukun.

Mangsa diminta menghubungi individu bernama Ibu Sri yang merupakan nama samaran suspek.

Mangsa kemudiannya saling berhubung dengan suspek sehingga dia diminta merakam video melakukan hubungan intim dengan anak kandung sendiri, memotong anggota badan dan mandi untuk diserahkan kepada dukun palsu tersebut.

“Dukun palsu itu meminta suspek mencederakan diri sendiri dengan memotong puting payudaranya dengan alasan untuk membuang tenaga jahat yang berada di sekelilingnya.

“Selepas semua video diserahkan kepadanya, suspek memeras ugut mangsa sejumlah wang bagi mengelakkan video itu disebarkan,” kata jurucakap polis, Arief.

Mangsa kemudiannya tersedar dia ditipu lalu membuat laporan polis dan suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Baca lagi: 

Isteri boleh minta cerai jika suami mati pucuk

Ebit Lew berdepan 11 tuduhan gangguan seksual, bakal dibicarakan September ini

Wanita dedah menjadi mangsa gangguan seksual oleh pensyarah gatal, ajak onani bersama

CATEGORIES