Ustaz Kazim terpaksa pakai topi macam ‘ninja’ ketika ceramah kesan dari sihir katak puru

Ustaz Kazim terpaksa pakai topi macam ‘ninja’ ketika ceramah kesan dari sihir katak puru

Ustaz Kazim terpaksa pakai topi macam ‘ninja’ ketika ceramah kesan dari sihir katak puru. Penampilan terkini Datuk Mohd Kazim Elias, yang menutup sebahagian besar mukanya ketika menghadiri beberapa majlis ilmu baru-baru ini, bertujuan mengelak wajahnya daripada terkena cahaya matahari.

Penceramah selebriti itu berkata, tindakan itu diambil atas nasihat doktor memandangkan wajahnya tidak boleh terdedah secara terus kepada cahaya matahari.

Tampil menjelaskan perkara itu, Mohd Kazim yang lebih terkenal dengan panggilan Ustaz Kazim menerusi satu siaran secara ‘live’ di media sosial, berkata doktor menasihatkannya mengelak keseluruhan tubuh terkena cahaya matahari dan beliau juga terpaksa memakai bermacam-macam krim sebagai pelindung.

Beliau berkata, tindakannya itu juga bagi memastikan rawatan yang sedang diikutinya berkesan.

Ustaz Kazim terpaksa pakai topi macam 'ninja' ketika ceramah kesan dari sihir katak puru

“Jadi untuk jaga muka saya, seluruh tubuh saya, maka buat sementara waktu ini saya jaga dulu betul-betul supaya wajah saya kembali pulih seperti dahulu.

“Sekarang kalau tuan puan perhatikan muka saya nampak perubahan yang sangat jelas berbanding beberapa bulan yang lepas.

“Jadi, saya sedaya upaya mudah-mudahan agar Allah izinkan kulit dan wajah saya kembali elok dan saya kembali sihat, dari hujung rambut ke hujung kaki,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan Ustaz Kazim terpaksa menutup sebahagian mukanya kerana malu untuk bersemuka dengan orang ramai susulan penyakit dihidapinya itu.

“Saya takut orang geli dan jijik. Apabila pakai macam itu, tak adalah malu sangat,” katanya.

Sebelum ini, katanya luka pada bahagian kaki dan badan sudah beransur pulih sejak tiga bulan lalu, kemudian merebak ke muka sebelum beliau nekad bertemu pakar kulit untuk rawatan.

“Hasil pertemuan itu doktor mendapati saya ada penyakit kulit yang kroni, jadi menasihatkan untuk memakai krim pelindung matahari dan mengelak daripada terdedah dengan cahaya matahari,” katanya.

Menurut Ustaz Kazim, buat masa ini, dia masih mengambil dan memenuhi undangan sebagai penceramah.

Terdahulu tular di media sosial beberapa gambar dan rakaman video menunjukkan Ustaz Kazim mengenakan topi bercorak yang mempunyai kain penutup muka yang biasa digunakan untuk aktiviti riadah seperti memancing.

Dalam ceramahnya, Ustaz Kazim juga ada memberitahu beliau membeli tiga pasang topi yang bercorak sama supaya dapat dipakai pada sesi kuliah dan ceramah di platform Facebook.

Selepas lapan bulan menderita kerana penyakitnya yang didakwa berpunca daripada perbuatan sihir, Ustaz Kazim memuat naik gambar muka dan tangannya yang mengalami masalah kulit di media sosial pada pertengahan Mei lalu.

Katanya, dia enggan menyimpan kepada umum keadaan dirinya lagi selepas berjumpa tujuh doktor dan menjalani pelbagai rawatan moden serta tradisional.

Beliau turut memaklumkan sudah tidak tahu hendak berubat di mana dan memohon pihak yang mempunyai kemahiran mengubati sihir katak puru untuk membantunya.

Baca Lagi:

Kecoh! Laungan ‘Bubar’ gamatkan Dewan Merdeka oleh ahli Umno

Kenapa matawang Dinar Kuwait merupakan matawang paling kukuh, paling mahal dan paling bernilai di kalangan semua matawang dunia yang lain?

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

CATEGORIES