Kecoh! Laungan ‘Bubar’ gamatkan Dewan Merdeka oleh ahli Umno

Kecoh! Laungan ‘Bubar’ gamatkan Dewan Merdeka oleh ahli Umno

Kecoh! Laungan ‘Bubar’ gamatkan Dewan Merdeka oleh ahli Umno.

Luangan ‘bubar’ menggamat suasana di Dewan Merdeka selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu diadakan segera.

Laungan daripada lebih 3,000 perwakilan UMNO yang hadir pada Taklimat Khas Presiden UMNO itu turut disambut oleh hadirin yang berada di luar dewan berkenaan.

Zahid ketika berucap berkata, Perdana Menteri perlu membubarkan segera Parlimen kerana semua pihak termasuk Majlis Kerja Tertinggi (MKT) telah sebulat suara bersetuju untuk pembubaran itu.

“Desakan ini bukan datang dari saya, bukan dari Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) atau pemimpin lain, tetapi ia adalah keputusan sebulat suara dari semua peringkat.

“Keputusan sebulat suara sudah dicapai, jadi apa yang kita nak tunggu lagi?,” katanya semasa berucap di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Baca Lagi:

Kenapa matawang Dinar Kuwait merupakan matawang paling kukuh, paling mahal dan paling bernilai di kalangan semua matawang dunia yang lain?

Tular dakwaan Tengku Mainum dan suami dilarang ke Istana, ini jawapan Istana Kelantan

Ebit Lew berdepan 11 tuduhan gangguan seksual, bakal dibicarakan September ini

CATEGORIES