Kalah tinju, ‘Hulk Iran’ padam semua gambar di Instagram dipercayai merajuk

Kalah tinju, 'Hulk Iran' padam semua gambar di Instagram dipercayai merajuk

Kalah tinju, ‘Hulk Iran’ padam semua gambar di Instagram dipercayai merajuk.

Seorang ahli bina badan yang digelar ‘Hulk Iran’ atau nama sebenarnya Sajad Gharibi didakwa ‘merajuk’ apabila dia telah memadam puluhan gambar dari platform tersebut atas dakwaan ia telah disunting (photoshop). Tindakan itu dibuat selepas dia dikalahkan oleh Kazakh Titan dalam perlawanan tinju.

Difahamkan, pertarungan bersama peninju tersebut terpaksa dihentikan disebabkan beliau tumpas selepas dua minit pertarungan itu bermula pada bulan lalu. Dalam pada itu, penonton mendakwa saiz badannya kelihatan sedikit kecil berbanding dalam gambar yang dipamerkan pada media sosial.

Memetik Mirror, sejak dari peristiwa itu, Sajad telah memadamkan semua foto-foto yang memperlihatakan bentuk badannya yang luar biasa dan hanya meninggalkan baki 14 gambar yang memperlihatkan bentuk badan yang normal sebagai seorang manusia.

Kalah tinju, 'Hulk Iran' padam semua gambar di Instagram dipercayai merajuk

Dalam pada itu, peminat sering mengulas pada foto-fotonya di Instagram dengan mendakwa bahawa semua itu telah disunting (Photoshop), namun dia enggan mengulas lanjut berkaitan tuduhan itu.

Sajad Gharibi mempunyai lebih sejuta pengikut di laman Instagram miliknya selepas memuat naik gambar-gambar bentuk badan yang sasa selain memiliki berat hingga 176.9 kilogram hingga dapat menarik perhatian orang ramai.

Disamping itu, Sajad Gahribi sebelum ini ada memaklumkan bahawa dia akan turut serta dalam perjuangan menentang Daesh pada waktu yang sama menjadi senjata rahsia orang Barat untuk menentang kumpulan pengganas itu.

Baca Lagi:

Tak peduli kata orang, lelaki sanggup digelar pengutip sampah di Singapura sebab gaji lebih RM9,000 sebulan

Ustaz Kazim terpaksa pakai topi macam ‘ninja’ ketika ceramah kesan dari sihir katak puru

Menu makanan Najib di penjara didedah bekas banduan

Leave a Reply

Your email address will not be published.