Memalukan ! Kereta kebal ATM rosak tengah jalan punca jalan sesak, ‘belum perang dah rosak’- Netizen

Memalukan ! Kereta kebal ATM rosak tengah jalan punca jalan sesak, ‘belum perang dah rosak’- Netizen

Memalukan ! Kereta kebal ATM rosak tengah jalan punca jalan sesak, ‘belum perang dah rosak’- Netizen.

Trafik di Jalan Damansara pada pagi Jumaat sesak seketika apabila sebuah kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) rosak di laluan tersebut.

Akibat kerosakan kereta kebal jenis PT-91M atau lebih dikenali sebagai “Pendekar” itu, lorong tengah di susur Carcosa menghala ke KL Sentral terhalang.

Perkara itu dimaklumkan menerusi pusat Info Trafik Kuala Lumpur dalam ciapan di Twitter jam 10.29 pagi tadi.

Kelihatan beberapa anggota polis trafik membantu mengawal aliran trafik ketika proses pengalihan dilakukan.

Hampir sejam, kereta kebal berkenaan berjaya ditunda pasukan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kereta kebal buatan Poland seberat 45.9 tan itu merupakan antara kenderaan berperisai milik Kor Armor Diraja, Tentera Darat Malaysia.

Baca Lagi:

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

Hasrat lelaki ingin bernikah dengan janda anak satu berkecai, isteri tunjuk slip gaji baki RM800

Menu makanan Najib di penjara didedah bekas banduan

CATEGORIES