Najib mungkin selamat jika 2 saksi penting ini dapat ditangkap – Peguam

Najib mungkin selamat jika 2 saksi penting ini dapat ditangkap – Peguam

Najib mungkin selamat jika 2 saksi penting ini dapat ditangkap – Peguam

Datuk Seri Najib Razak mungkin selamat daripada sabitan dan hukuman jika Low Taek Jho atau Jho Low dan Nik Faisal Ariff Kamil dapat ditangkap, kata peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz

Bagaimanapun, katanya, pihak berkuasa seakan-akan tidak serius untuk menangkap dua nama berkenaan kerana ia di luar tanggungjawab pendakwa raya.

Najib mungkin selamat jika 2 saksi penting ini dapat ditangkap - Peguam

“Kes pendakwa raya akan runtuh jika Jho Lho dan Nik Faizal hadir sebagai saksi Najib dan mengesahkan mereka telah kelirukan Najib dan mereka ambil kesempatan atas kesibukan Najib menguruskan negara.

“Maka disebabkan semua elemen pembelaan Najib gagal dibuktikan di mahkamah maka Hakim Mahkamah Persekutuan tiada pilihan melainkan untuk mensabitkan Najib sebagai bersalah sepertimana pertuduhan.

“Inilah sebenarnya yang berlaku dalam kes Najib. Bukan sistem kehakiman bertindak tidak adil kepada beliau tetapi sebab dua saksi penting Najib berkenaan telah meninggalkan Najib keseorangan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib dalam kes SRC International.

Najib dipenjarakan selepas didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Maka dengan sabitan pertuduhan berkenaan, Najib dibawa ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun, berkuatkuasa semalam.

Baca Lagi:

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

Sepanjang 12 tahun dipenjara, Najib boleh bayar bila-bila masa denda RM210 juta

Najib Razak akan kembali ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok

CATEGORIES