Tular gambar Wardan Penjara dah ‘Ready’ nak tahan Najib

Tular gambar Wardan Penjara dah ‘Ready’ nak tahan Najib

Macam yang korang semua tahu, hari ini merupakan hari perbicaraan rayuan terakhir Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Malah sejak pagi tadi, penyokong-penyokong Najib juga dikatakan telah berkumpul seawal 8 pagi di sekitar Istana Kehakiman, Putrajaya bagi memberikan sokongan.

Di Twitter pula, tular gambar menunjukkan pegawai penjara dikatakan sudah pun bersedia untuk menahan Najib di luar mahkamah.

Sediakan kamera korang. Ini mungkin harinya. Ini mungkin hadiah merdeka terbaik untuk negara kita.”

Screenshot 2022 08 23 At 3.32.06 Pm

Namun begitu, Harian Metro sebentar tadi melaporkan bahawa gambar tular menunjukkan wardar penjara sedang menunggu di depan Mahkamah Persekutuan tersebut adalah palsu.

Menurut Jurucakap Jabatan Penjara, pihaknya tidak menghantar wakil untuk ke mahkamah terbabit hari ini.

Itu gambar palsu dan bukan daripada Jabatan Penjara.”

Malah, jurucakap ini turut menerangkan, prosedur bagi pesalah yang telah dijatuhkan hukuman kebiasaannya pihak polis yang akan hantar mereka ke penjara.

Kebiasaannya prosedur pesalah yang dijatuhkan hukuman, pihak polis yang akan menghantar mereka ke penjara.”

Apa-apa pun kita tunggu dulu keputusan daripada mahkamah dan jangan pandai-pandai buat spekulasi sendiri. Kang tak pasal-pasal kita yang kena…

BACA JUGA :

Rayuan akhir Najib : Ada peguam lain pula muncul nak bantu Najib selepas Shafee

Tidak sampai lima minit Muhammad Shafee membuat kemunculan di Mahkamah Persekutuan, ini pula yang berlaku

CATEGORIES