Peguam ini kongsi pengalaman bagaimana bank buat kesilapan dan akhirnya disaman tiga kali ganda

Peguam ini kongsi pengalaman bagaimana bank buat kesilapan dan akhirnya disaman tiga kali ganda

Peguam ini kongsi pengalaman bagaimana bank buat kesilapan dan akhirnya disaman tiga kali ganda.

Sejak dua menjak ini pasti kita banyak dengar kehilangan duit secara tiba tiba dari akaun bank. Duit yang hilang bukanlah sikit sikit jumlahnya.

Zaman teknologi sekarang, scammer mempunyai seribu satu helah untuk mencuri duit kita yang telah kita simpan begitu lama.

Tetapi ada juga yang memberitahu tidak menekan apa apa link atau muat turun apa apa aplikasi yang mencurigakan.

Peguam ini kongsi pengalaman bagaimana bank buat kesilapan dan akhirnya disaman tiga kali ganda

Kes sebegini bertambah hangat apabila salah seorang Doktor yang boleh dikatakan terkenal di media sosial turut menjadi mangsa kehilangan duit didalam akaun bank.

Peguam Zabetha satu nama yang bukan calang calang di dalam sosial media, beliau selalu berkongsikan kisah kisah di dalam Mahkamah dan selalu menjadi tumpuan netizen.

Kali ini dia kongsikan kisah berkenaan bank.

Peguam ini kongsi pengalaman bagaimana bank buat kesilapan dan akhirnya disaman tiga kali ganda

Masa awal-awal jadi peguam dulu, bos minta saya ke salah sebuah bank, ada mesyuarat bersama pegawai dengan anak guam.

Bos saya ada kecemasan, dia tidak dapat hadir. Jadi anak guam perlukan peguam. Saya dapatkan fakta kes dari bos. Kisahnya, anak guam saya ada simpanan dalam bank dan satu hari tiba-tiba lesap semua duit dalam akaun!

Ini fail yang dikendalikan sendiri oleh bos. Anak guamnya ini seorang yang berpangkat dan berkedudukan. Saya hanya hadir pertemuan kali ini untuk memberi ‘update’ kepada bos.

Waktu kami pergi ke bank, pegawai memohon maaf. Anak guam saya kecewa, pihak bank akan melakukan siasatan dan akan maklumkan hasilnya segera. Katanya bayangkan semalam saya ada baki dalam bank tiba-tiba lesap. Hilang kepercayaannya.

Kisah ini 14 tahun dahulu. Sewaktu belum hebat lagi teknologi macam hari ini atau scammer tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Sudah ada kes begini. Duit tiba-tiba hilang.

Selang beberapa tahun kemudian, saya wakili anak guam saya menyaman pihak bank. Kali ini lain pula halnya. Pihak bank tersalah memindahkan wang yang dibekukan kepada akaun orang lain di Jabatan Insolvensi.

Kisahnya anak guam saya sebagai penjamin, dibekukan akaun setelah dibankrapkan. Bank diarahkan memindahkan wang tersebut ke Jabatan Insolvensi.

Pegawai bank cuai dan tersalah pindah duit anak guam saya ke akaun individu lain yang dibankrapkan di Jabatan Insolvensi.

Sudahnya anak guam saya kekal bankrap walhal jumlah tersebut boleh membayar nilai kebankrapan dan dia bebas bankrap. Pihak yang disalah pindahkan, ditolak hutangnya.

Kami saman di mahkamah. Kami berjaya buktikan kes. Mahkamah membenarkan jumlah ganti rugi lebih kurang 3 kali ganda dari pada jumlah yang dipindahkan.

Asalnya bank menawarkan pampasan RM5,000 sahaja sewaktu penyelesaian. Masih berkeras tidak mengaku salah walaupun anak guam saya terpaksa turun naik ke bank, bank negara, Jabatan Insolvensi sebelum mendapat tahu ke mana hilangnya duit dari akaunnya.

Mula-mula bank maklumkan pada anak guam bahawa dipindah ke akaun. Anak guam saya kes Insolvensi dan menafikan duit telah dipindahkan. Jadi kemana duit itu pergi? Misteri!

Ke sana ke mari cuba mengesan ke mana duitnya hilang, tambah pula dia jadi bankrap. Beberapa tahun dia tidak bebas bankrap selepas duit dipotong. Haih.

Akhirnya, kami berjaya buktikan bahawa kesalahan pada pegawai yang memasukkan akaun pada satu digit terakhir.

Dokumen bukti semua kami kumpulkan dan kami memohon saksi-saksi kemukakan dokumen. Jika enggan beri kerjasama, kami memohon mahkamah memerintahkan mengemukakan dokumen.

Kalaulah dari awal, bank mengakui dan membantu. Kan selesai! Tetapi ditolak bagai bola ke sana dan sini. Tidak mengakui kecuaian, tidak membantu untuk ‘trace’ aliran kewangan sehingga ke mahkamah akhirnya.

Anak guam saya kecewa. Selepas soalan demi soalan berkenaan akaun, aliran dan nombor akaun. Saya rumuskan dengan satu soalan waktu di mahkamah.

“Jadi benarlah nombor terakhir dalam akaun ini, bukan milik anak guam saya? Jadi sebenarnya berlaku kecuaian pada pihak bank?”

Jawapan saksi bank pendek “Ya”.

Pembuktian di mahkamah dalam kes begini, adakah bank yang cuai? Jika ya. Maka, anak guam boleh menuntut ganti rugi kecuaian.

Kalau di mahkamah, banyak kes yang bank perlu bayar ganti rugi dan kerugian wang. Antaranya kes-kes berkenaan dengan kecuaian meluluskan cek dll, pindah wang. Sebab itu semakin lama, bab keselamatan bank akan ditambah baik setiap kali.

Menjawab kepada persoalan dari kedudukan undang-undang. Kalau terbukti bank cuai. Termasuklah dalam kes-kes sekuriti bank yang tidak kukuh.

Peguam ini kongsi pengalaman bagaimana bank buat kesilapan dan akhirnya disaman tiga kali ganda

Tetapi kalau dalam kes-kes, bank tidak cuai. Kita yang cuai. Contohnya Macau Scam call menyamar jadi polis, kita bagi number akaun, password, TAC number. Semua kita yang bagi. Hmm..Ini jelas, kita yang cuai. Macam mana hendak saman bank?

Kalau dalam kes, malware . Ini tertakluk kepada fakta kes ya. Ada yang mungkin bank cuai. Ada silap kita sendiri (tertakluk).

Jadi pandangan saya tidak boleh pukul rata. Selidik dulu, kecuaian dari mana? Sebelum hendak saman menyaman.

Akhir sekali, kalau situasi mabuk bercinta. Bagi phone, bagi akaun, bagi TAC kepada kekasih dan hilang ribu-ribu. Kemudian, salahkan bank. Hmmm. Masalah gini!

Kena kenalpasti dahulu fakta. Kalau di mahkamah pun, perlu dibuktikan dahulu kecuaian di pihak mana, Baru boleh dapat ganti rugi.

Peguam ini kongsi pengalaman bagaimana bank buat kesilapan dan akhirnya disaman tiga kali ganda

Baca Lagi:

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

Selepas Najib dipenjara, ini komen Anwar Ibrahim

Akan ada semakan baru, episod Najib ke penjara belum berakhir – Peguam Najib

CATEGORIES