Najib kemuka permohonan gugur ketua hakim negara, ini yang sedang berlaku sebenarnya

Najib kemuka permohonan gugur ketua hakim negara, ini yang sedang berlaku sebenarnya

Najib kemuka permohonan gugur ketua hakim negara, ini yang sedang berlaku sebenarnya.

Najib Razak membuat permohonan agar Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada panel Mahkamah Persekutuan bagi mendengar rayuan terakhirnya dalam kes rasuah SCR International.

Peguam utama Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memfailkan permohonan itu pada malam Isnin.

Katanya, salinan permohonan itu sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Pendakwa Raya ad-hoc, V Sithambaram mengesahkan mereka sudah menerima salinan tidak ditutup.

Hisyam kemudian menggesa mahkamah menyelesaikan permohonan Najib untuk Tengku Maimun menarik diri sebelum pihak pembelaan meneruskan hujah kes mereka.

Najib kemuka permohonan gugur ketua hakim negara, ini yang sedang berlaku sebenarnya

Tengku Maimun kemudian bertanya apa yang berlaku kepada rayuan utama. “Kami di sini bukan untuk membuang masa.”

Hisyam dalam responsnya berkata, lebih baik menyelesaikan permohonan tarik diri sebelum pihak pembelaan meneruskan rayuan yang sepatunya.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim, yang turut menganggotai panel itu, mencadangkan Hisyam menjawab hujah pendakwaan berhubung perkara undang-undang mengenai cara mahkamah boleh memutuskan sesuatu kes, jika peguam tidak memfailkan apa-apa kepada mahkamah.

Selepas Hisyam menjawab hujah pendakwaan berhubung perkara undang-undang, Tengku Maimun berkata, mahkamah akan berehat seketika dan mengarahkan pendaftar mahkamah mengambil dokumen berhubung permohonan Najib mengenai tarik diri.

Panel Mahkamah Persekutuan itu turut dianggotai tiga hakim mahkamah tertinggi Nallini Pathmanathan, Mary Lim dan Mohamad Zabidin Diah.

Bekas perdana menteri itu membuat rayuan atas sabitan oleh hakim perbicaraan Nazlan Ghazali bagi semua tujuh pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

Ia membabitkan kesalahan salah guna kuasa, penyelewengan dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana milik SRC International, di mana beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dua tahun lalu.

Najib dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau disabitkan dan dijatuhi hukuman oleh Nazlan pada 28 Julai 2020.

Pada 8 Dis 2021, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukumannya. Hakim lain yang bersidang ialah Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.

Peguam V Sithambaram, melakukan pendakwaan menerusi lesen khas diberikan oleh peguam negara, dan dibantu oleh Donald Joseph Franklin, Sulaiman Kho Kheng Fuei dan Mohd Ashrof Adrin Kamil.

Baca Lagi:

Ratusan penyokong Najib sanggup menunggu pukul 7 pagi di pintu belakang Istana Kehakiman

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

Kes Najib : Lelaki ugut ketua Hakim Negara ditahan

CATEGORIES