Akan ada semakan baru, episod Najib ke penjara belum berakhir – Peguam Najib

Akan ada semakan baru, episod Najib ke penjara belum berakhir – Peguam Najib

Akan ada semakan baru, episod Najib ke penjara belum berakhir – Peguam Najib.

Peguam utama Najib Razak berkata pihaknya kemungkinan akan memfailkan semakan bagi keputusan Mahkamah Persekutuan, hari ini.

Apabila ditanya sama ada pasukan pembelaan akan memfailkan semakan kes itu, peguam Hisyam Teh Poh Teik, berkata beliau tidak dapat mengesahkannya.

Akan ada semakan baru, episod Najib ke penjara belum berakhir - Peguam Najib

“Saya ingin buat kenyataan ringkas. Keputusan hari ini, sudah tentu kami sedih kerana kami kalah.

“Buat masa ini tidak dapat mengatakan sama ada akan memfailkan semakan. Tetapi akan bincangkan kemungkinan untuk failkan semakan,” katanya kepada media di lobi Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas Najib dalam kes SRC International.

Ini bermakna bekas perdana menteri, yang juga Ahli Parlimen Pekan, akan mula menjalani hukuman.

Najib pada 28 Jul 2020 didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram, berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International, menyusuli perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 mengekalkan hukuman dan sabitan ke atas Najib itu.

Baca Lagi:

Selepas Najib dipenjara, ini komen Anwar Ibrahim

Video Najib Razak dibawa ke penjara Kajang

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

CATEGORIES