Mas Idayu bakal melangsungkan pernikahan dengan Penerbit Eksekutif TV3, dapat tajaan RM7 juta

Mas Idayu bakal melangsungkan pernikahan dengan Penerbit Eksekutif TV3, dapat tajaan RM7 juta

Mas Idayu bakal melangsungkan pernikahan dengan Penerbit Eksekutif TV3, dapat tajaan RM7 juta.

Penyanyi, Mas Idayu bakal melangsungkan pernikahan dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, pada 16 September ini.

Mas Idayu bakal melangsungkan pernikahan dengan Penerbit Eksekutif TV3, dapat tajaan RM7 juta

Memetik temu bual di Melodi, Mas Idayu atau lebih mesra disapa Mummy berkata dia sedang menghitung hari bahagia mereka.

Kata Mummy, 50, majlis pernikahan akan diadakan pada sebelah pagi di Magica Quill City dan diikuti majlis resepsi pada sebelah malam.

Saya nak umumkan saya akan kahwin pada 16 September, insya-Allah akan tiba hari bahagia kami. Nikahnya pagi dan sebelah malam akan diadakan majlis resepsi.

Sebenarnya pada awal jumpa, belum bercinta lagi..Sufian dah pilih tarikh. Sepatutnya bulan Mei tapi rasa terlalu awal. Jadi pilih Hari Malaysia, mudah nak ingat ulang tahun perkahwinan (anniversary).

Masih laku

Mas Idayu bakal melangsungkan pernikahan dengan Penerbit Eksekutif TV3, dapat tajaan RM7 juta

Ditanya mengenai ‘Wedding Of The Year’ setelah menerima tajaan sebanyak RM7 juta, pelantun lagu Selangit bersyukur apabila menerima penghargaan ‘luar biasa.’

Saya bersyukur apabila diberi penghargaan di usia sekarang. Alhamdulillah dapat tajaan, laku lagi (ketawa). Saya rasa ini rezeki, dah macam perkahwinan pertama.

Dalam pada itu, mummy menyatakan Sufian lebih memilih untuk bersederhana namun terpaksa akur apabila bakal isterinya seorang selebriti terkenal.

Bukan saya yang buat majlis besar-besaran tetapi mereka yang menaja. Saya pernah berkahwin secara diam-diam, jadi kali kedua dah janji akan dikongsikan kepada media.

Walaupun Sufian tak suka majlis besar-besaran tapi dia tahu siapa saya. Jadi dia ikutkan saja rentak saya.

Terdahulu, Mas Idayu juga penyanyi lagu Cintaku 100% pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Baca Lagi:

Lelaki maut ditembak 8 das, ditetak dengan parang depan pagar rumah

Jackpot ! Lelaki terkejut Mat Saleh beli Nissan GT-R R34 Nismo Z-Tune miliknya dengan harga RM8.8 juta

Padah kata-kata kesat terhadap orang awam, pegawai imigresen ditukar serta-merta

Leave a Reply

Your email address will not be published.