Pakar Nefrologi Dr Rafidah luah rasa kecewa selepas lesap RM13,000, tahap keselamatan bank CIMB sangat lemah

Pakar Nefrologi Dr Rafidah luah rasa kecewa selepas lesap RM13,000, tahap keselamatan bank CIMB sangat lemah

Pakar Nefrologi Dr Rafidah luah rasa kecewa selepas lesap RM13,000, tahap keselamatan bank CIMB sangat lemah.

Tahap Keselamatan Bank Sangat Lemah

Seorang pakar nefrologi, Dr Rafidah Abdullah melahirkan kekecewaannya apabila kehilangan RM13 ribu menerusi tiga transaksi dipercayai dilakukan scammer.

Menurutnya, beliau sudah hampir 30 tahun dengan CIMB. Namun, hari ini sangat sangat kecewa dengan bank berkenaan kerana langsung tidak memiliki langkah keselamatan.

Pakar Nefrologi Dr Rafidah luah rasa kecewa selepas lesap RM13,000, tahap keselamatan bank CIMB sangat lemah

“Takkanlah tiga transaksi melalui CIMB click berjumlah RM13 ribu pada 2-2:30 pagi tidak ada trigger langsung? Langsung tidak ada minta TAC. Lesap dalam sekelip mata.

“This is absolutely ridiculous. Nampaknya duit TIDAK SELAMAT dengan CIMB bank. Saya dah report ke CIMB, polis dan sebagainya. Setakat ini feedback adalah kalau scammer dah keluarkan duit, duit itu tidak akan dapat dipulangkan.

“Tidak apa. Saya redha,” katanya menerusi kiriman di facebooknya sebentar tadi.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkannya langsung hilang kepercayaan kepada CIMB.

“Saya akan tutup akaun saya didalam masa terdekat ini. Hati-hati, mungkin berlaku kepada anda!,” katanya.

Keadaan ini memperlihatkan betapa seriusnya masalah scammer di negara ini, boleh dikatakan setiap daripada kita pernah di hubungi atau berpengalaman mengenainya.

Soalnya, apa tindakan dan penguatkuasaan yang dapat diambil, atau mereka terus berjaya bersembunyi, menipu, hidup mewah tanpa tindakan serius?

Baca Lagi:

Akhirnya Najib mengaku dana SRC RM42 juta masuk dalam akaunnya

Penyanyi tersohor Indonesia selamba je peluk belakang Fazura

[VIDEO] Peniaga bundle mengamuk tengah live, netizen bida harga lebih murah, siap koyakkan baju mahal

CATEGORIES