[VIDEO] Gara-gara pergi salon, isteri kena bantai dengan suami depan khalayak ramai

[VIDEO] Gara-gara pergi salon, isteri kena bantai dengan suami depan khalayak ramai

[VIDEO] Gara-gara pergi salon, isteri kena bantai dengan suami depan khalayak ramai.

Seorang suami di Ashgabat, Turkmenistan bertindak ganas memukul isterinya selepas mendapati wanita itu berada di sebuah salon kecantikan.

Pergi salon salah di sisi undang-undang

[VIDEO] Gara-gara pergi salon, isteri kena bantai dengan suami depan khalayak ramai

Memetik laporan Daily Mail, satu rakaman video tular menunjukkan seorang lelaki menumbuk dan menendang isterinya di hadapan pelanggan lain di sebuah salon.

Dalam video berkenaan, lelaki itu menyerbu salon berkenaan dan menjerit kepada isterinya yang dilihat seperti dalam ketakutan.

Pada mula lelaki itu menolak isterinya dan meninggalkan salon itu, beberapa saat kemudian, dia kembali dan menyerang isterinya sehingga terjatuh atas lantai.

Pelanggan wanita lain dan jurusolek terlalu takut untuk menghalang lelaki itu daripada menyerang isterinya.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah salon di daerah Kyoshi berhampiran ibu kota Ashgabat di mana mengunjungi salon kecantikan adalah satu kesalahan serius.

Malah, kebanyakan pusat kecantikan di ibu kota itu menjalankan perniagaan secara bersembunyi dan berdepan hukuman penjara sekiranya tertangkap.

Bukan itu sahaja, golongan suami di negara itu berdepan denda sekiranya isteri mereka didapati melakukan rawatan kecantikan atau kosmetik yang tertentu.

Sejak April, pihak berkuasa Turkmenistan telah menahan puluhan wanita kerana memakai kuku dan bulu mata palsu.

Baca Lagi:

‘Ada cable boleh lah’ netizen kecam mat rempit guna abang bantu keluar motor dari balai

Ini pemilik sebenar kapal layar ‘superyacht’ yang lalu sungai Perlis, lelaki berusia 73 tahun

[VIDEO] Peniaga bundle mengamuk tengah live, netizen bida harga lebih murah, siap koyakkan baju mahal

CATEGORIES