Tular video lelaki gunting bendera jalur gemilang undang amarah netizen

Tular video lelaki gunting bendera jalur gemilang undang amarah netizen

Tular video lelaki gunting bendera jalur gemilang undang amarah netizen.

Semangat patriotisme, iaitu semangat cinta akan tanah air kita haruslah dipupuk sejak kecil dan diamalkan hingga dewasa. Amalan ini sangatlah penting bagi dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara yang mencemarkan nama negara sendiri.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video yang dimuat naik di TikTok mengenai seorang lelaki sedang menggunting bendera Jalur Gemilang yang merupakan tanda kebanggaan negara kita.

Tular video lelaki gunting bendera jalur gemilang undang amarah netizen

Memetik laporan Harian Metro, pihak polis telah mengesan seorang lelaki yang menggunting Jalur Gemilang dipasang tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di Kuala Lumpur, selepas tindakannya yang biadab itu tular di media sosial TikTok semalam.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya menyatakan bahawa pihak polis belum menerima sebarang laporan berhubung isu tersebut.

“Tiada laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan,” ulas lanjut beliau.

Rakaman video yang dimuat naik di TikTok pengguna @iekakartika__ itu memaparkan lelaki tersebut bukan sahaja menggunting satu bendera, malah hampir semua yang digantungkan di tepi jalan itu diguntingnya.

Pengguna TikTok itu juga memaklumkan bahawa ada beberapa pihak yang telah berusaha menghalang perbuatannya itu dengan menegurnya, akan tetapi dimarahi pula oleh si pelaku berkenaan.

“Dia rosakkan bendera malaysia wey , org tegur dia marah balik.. Tolong bgi viral biarr dia dapat balasan” tulis pengguna TikTok itu.

Berdasarkan profil TikTok berkenaan, terdapat bahagian dua video tersebut yang memaparkan lelaki tersebut dilihat seperti marah selepas dihon oleh pemandu-pemandu di sekitar situ disebabkan perbuatannya itu.

Tular video lelaki gunting bendera jalur gemilang undang amarah netizen

“Ramai ja dok hon, sergah kat dia. Masa ni kereta banyak. Orang susah nak berhenti kat dia ni. Saya nak buka tingkap pun takut sebab ada anak kecil. Risau dia bawa apa-apa bahaya lagi kita tak tahu,” jelas pengguna TikTok itu dalam video keduanya.

Meninjau di ruangan komen, warga maya meluahkan rasa tidak puas hati dan marah atas perbuatan lelaki tersebut yang tidak menghormati langsung kehormatan nama Malaysia.

Antara komen netizen:

Tular video lelaki gunting bendera jalur gemilang undang amarah netizen

Tular video lelaki gunting bendera jalur gemilang undang amarah netizen

Tular video lelaki gunting bendera jalur gemilang undang amarah netizen

Tular video lelaki gunting bendera jalur gemilang undang amarah netizen

@iekakartika__Dia rosakkan bendera malaysia wey , org tegur dia marah balik.. Tolong bgi viral biarr dia dapat balasan♬ original sound – AfiqNeyo

@iekakartika__ Replying to @nur 💜 ♬ original sound – IEKA KARTIKA

Baca Lagi:

[VIDEO] Peniaga bundle mengamuk tengah live, netizen bida harga lebih murah, siap koyakkan baju mahal

Kerana terlalu sayangkan anak, sanggup beri wang untuk anak beli dadah

Bengang di label jahil, Ifa Raziah buat ‘Live’ solat

CATEGORIES