Tular video aksi merangkak di lantai sekolah, Akhirnya Kak Long buka mulut

Tular video aksi merangkak di lantai sekolah, Akhirnya Kak Long buka mulut

Tular video aksi merangkak di lantai sekolah, Akhirnya Kak Long buka mulut.

Memang hangat diperkatakan di media sosial mengenai tindakan Aliff Syukri yang membuat kontroversi dengan memuat naik video-video yang tidak disenangi netizen baru-baru ini.

Daripada isu bergelek depan kamera bersama Baby Shima dan Ratu Farah, sehinggalah videonya berpakaian sekolah yang difahamkan merupakan salah satu babak di dalam muzik video nanti.

Namun, selain Baby Shima dan Ratu Farah yang terkena tempias minggu lepas, rupa-rupanya ada seorang lagi juga yang menjadi bualan hangat netizen di media sosial yang dikaitkan dengan Aliff Syukri.

Aksi Kak Long merangkak di atas lantai undang perbualan netizen

Kak Long terdahulu pernah tular dengan isu memarahi staf di 7E kerana tindakan staf tersebut yang menuduh anaknya mencuri.

Tapi kali ini Kak Long sekali lagi menjadi bualan netizen apabila muncul penampilannya di dalam salah sebuah video Aliff Syukri yang dilihat sedang merangkak di atas lantai sambil diduduk oleh Baby Shima.

@bu4y4gebu Reply to @mamatirikau -Moga Lancar rezeki Nya Kak @kaklongggggggggg #fyp #fypシ゚viral #masukberanda #masukberanda #datoalifsyukri #babyshima #kaklong7e ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Video tersebut mendapat banyak reaksi oleh netizen. Ada di antara mereka yang kasihan melihat Kak Long yang dilakukan sedemikian demi ‘upah bayaran’ dan ada juga yang mengecam Kak Long kerana menjatuhkan maruah sendiri demi konten.

Kak Long buka mulut jawab persoalan netizen

Susulan daripada isu tersebut, Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura, tampil menjawab persoalan sekaligus memberi penjelasan tentang videonya bersama Aliff Syukri dan Baby Shima.

Video penjelasan tersebut telah dimuat naik olehnya di laman Facebook rasminya pada Selasa yang lalu.

Menurut video tersebut, Kak Long menjelaskan bahawa aksi tersebut tidak dibayar pun oleh usahawan kosmetik terkenal, Aliff Syukri dan perkara tersebut dilakukan atas kehendaknya sendiri.

“Datuk sebenarnya tak ada upah-upah saya. Yang terjadi itu hanyalah kehendak saya sendiri bukan kehendak datuk, saya yang rela hati.”

Dia juga merayu kepada semua netizen agar berhenti menyalahkan serta memburukkan nama Aliff Syukri dan Baby Shima.

“Cukuplah duduk mengecam saya, Datuk dan Baby Shima.”

Kak Long pun dah buka mulut dan min harap sangat isu ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan secara baik.

Baca Lagi:

Ramai berpendapat ‘Drama Air Mata’ Aliff Syukri hanya gimik lagu baharu

Zizie Izette muat naik foto ‘berpakaian tapi telanjang’, netizen perasan sesuatu

Remaja 19 tahun dirogol bergilir-gilir setelah diumpan makan sate

CATEGORIES