Lelaki terjah lokasi penggambaran Pengabdi Setan ‘Seru’ tiba-tiba ini yang muncul

Lelaki terjah lokasi penggambaran Pengabdi Setan ‘Seru’ tiba-tiba ini yang muncul

Lelaki terjah lokasi penggambaran Pengabdi Setan ‘Seru’ tiba-tiba ini yang muncul.

Di TikTok, viral beberapa video yang dirakam oleh seorang lelaki ketika berkunjung ke lokasi penggambaran filem ‘Pengabdi Setan’ yang terletak di Sumber Arta, Bekasi, Indonesia.

Tunjuk kewujudan kalian

Lelaki terjah lokasi penggambaran Pengabdi Setan 'Seru' tiba-tiba ini yang muncul.

Menerusi rakaman video berdurasi 1:42 saat itu, lelaki tersebut dilihat menyeru ‘entiti’ berkenaan sekiranya mereka benar-benar wujud di kawasan perumahan lama itu. Siapa sangka, seruan tersebut ternyata berhasil apabila lelaki itu berjaya merakam sosok tubuh ‘entiti’ berkenaan di tingkat atas bangunan terbengkalai itu.

Terkejut sebaik sahaja ternampak ‘entititi’ tersebut, lelaki itu terus membaca ayat Kursi. ‘Entiti’ berkenaan kelihatan hilang sekelip mata sejurus lelaki tersebut selesai membaca ayat Kursi. Ketika rakaman dilakukan, lelaki berkenaan turut memberitahu dia terhidu bau busuk pada waktu itu.

Video

@ollanabaslamaniat #ttmfamilly #TTM #hantujawa #PinterMilihTemen #pengabdisetan2 ♬ suara asli – olla@nabas

Tidak berakhir di situ, lelaki tersebut kelihatan memberanikan diri untuk naik ke tingkat atas dan melihat sama ada ‘entiti’ berkenaan masih wujud ataupun tidak. Sejurus naik ke tingkat atas, ‘entiti tersebut seakan mengganggu dan cuba bermain bersamanya. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet yakin tempat tersebut sangat menakutkan.

@ollanabaslamaniat #pengabdisetan2 #PinterMilihTemen #hantujawa #TTM #ttmfamilly ♬ suara asli – olla@nabas

Ujar warganet, tingkat 7 bangunan tersebut sangat menyeramkan bahkan mereka pernah mendengar pelbagai versi cerita seram mengenai lokasi berkenaan. Namun, ada segelintir netizen tidak mempercayai rakaman video tersebut yang disifatkan sebagai menipu dan telah dirancang.

Baca Lagi:

[VIDEO] Ibu dihalau dan ditinggalkan di rumah orang tua selepas anak minta turunkan nama harta

Gara-gara putus cinta, gadis rempuh pagar rumah bekas kekasih

Pak Long Jamil bekas banduan paling lama dipenjara meninggal dunia

CATEGORIES