Baru dilantik beberapa jam, ketua polis mati ditembak kepala dengan kartel dadah

Baru dilantik beberapa jam, ketua polis mati ditembak kepala dengan kartel dadah

Baru dilantik beberapa jam, ketua polis mati ditembak kepala dengan kartel dadah.

Kartel dadah Mexico dilaporkan telah membunuh seorang ketua polis yang baru beberapa jam dilantik dengan menembak kepalanya ketika mangsa sedang melakukan rondaan, lapor Daily Mail.

Juan Miguel Silva Alvarado, dilaporkan telah ditembak sebanyak beberapa kali oleh kartel Sinaloa.

Gambar mayatnya yang dipenggal terbaring di tepi jalan muncul selepas mangsa ditembak pada 6 Ogos lalu berhampiran dengan Pejabat Pendakwa Negeri Sinoloa di Culiacán.

Juan Miguel dilaporkan telah diserang semasa dia diiringi oleh dua kereta peronda, menurut El Financiero.

Baru dilantik beberapa jam, ketua polis mati ditembak kepala dengan kartel dadah

Selepas ditembak, anggota kartel didakwa telah mengambil senjata polis tersebut dan meninggalkan tempat kejadian.

Senjata itu dilaporkan telah ditemui beberapa jam kemudian di tepi jambatan, termasuk senapang, yang mungkin digunakan untuk membunuh Juan Miguel.

Alvarado dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Keselamatan Awam Perbandaran beberapa jam sebelum dia dibunuh.

Gabenor Sinaloa, Rubén Rocha Moya, mengatakan bahawa dia ‘bersimpati’ dengan kematian Alvarado.

Baru dilantik beberapa jam, ketua polis mati ditembak kepala dengan kartel dadah

Menurut data Causa en comun, sekurang-kurangnya tiga pegawai telah terbunuh di negeri itu pada tahun ini.

Kartel di Sinaloa telah ditubuhkan pada akhir 80-an, dengan kumpulan itu dipercayai merupakan pembekal utama heroin, kokain, meth, MDMA dan fentanyl ke AS.

Serangan pembunuhan terbaharu itu berlaku selepas keganasan kartel yang telah menyebabkan Mexico huru-hara.

Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan dibunuh oleh samseng di Tijuana awal bulan ini antara 31 Julai dan 1 Ogos.

Baca Lagi:

[Video] Aksi Emma Maembong menari dengan Shah Jaszle, netizen perasan sesuatu yang tak kena

Berpantang maut sebelum ajal, wanita peluk kitab terjatuh dari tingkat 19

Selepas kecoh maki hamun, Diva AA terkena sihir, ini keadaan dirinya amat mengejutkan orang ramai

CATEGORIES