1 Malaysia kena tipu dengan Aliff Syukri, pemuda ini dedah sesuatu

1 Malaysia kena tipu dengan Aliff Syukri, pemuda ini dedah sesuatu

1 Malaysia kena tipu dengan Aliff Syukri, pemuda ini dedah sesuatu.

Selepas mengumumkan mengundurkan diri daripada media sosial pada malam Jumaat sambil menangis teresak-esak, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mengundang kebimbangan orang ramai apabila memuat naik beberapa jenis pil di Instagram.

Aliff dalam satu hantaran yang sudah dipadam memberitahu pada bahagian kapsyen memohon agar mati secara tenang dan dalam iman.

“Matikan aku dengan tenang dan beriman,” tulisnya.

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Naufal Antezem mendedahkan gambar ubat-ubatan tersebut adalah miliknya yang dimuat naik pada 2020.

1 Malaysia kena tipu dengan Aliff Syukri, pemuda ini dedah sesuatu

“Itu ke gambar pil yang dimuat naik oleh Aliff Syukri? Kalau betul, aku boleh sahkan yang dia tengah bodohkan satu Malaysia. Itu gambar ubat-ubat aku yang dimuat naik pada 2020.

“Kalau betul ini gambar yang dia upload dan gunakan, aku doakan dia terhindar daripada sakit yang ubat ini khususkan,” dedahnya.

Naufal memberitahu dia tidak berasa marah Aliff mengambil gambar tersebut tetapi berang kerana menganggap usahawan itu seolah-olah tiada hati perut mempermainkan perkara berkenaan.

“Mestilah aku marah. Bukan sebab dia ‘rembat’ gambar aku, tetapi sebab tiada hati perut main-mainkan benda ini,” katanya lagi.

Menjelaskan mengenai pil berkenaan, Naufal menjelaskan pil berwarna ungu adalah Epilim, Luvox (putih) dan Lorazepam (biru).

Luvox kata Naufal adalah untuk meningkatkan mood supaya tidak memasuki mod kemurungan manakala Epilim akan seimbangkan di antara maniac dan kemurungan dan Lorazepam untuk tidur.

“Setiap hari, tiga jenis pil saya kena ambil kerana saya menghidap bipolar jenis dua,” katanya.

Terdahulu, Aliff dalam beberapa hantaran di Instagram menangis teresak-esak memohon maaf kepada semua termasuk kepada ibu, isteri dan anak-anaknya.

1 Malaysia kena tipu dengan Aliff Syukri, pemuda ini dedah sesuatu

Tindakan itu dibuat dipercayai selepas menerima kecaman hebat ekoran tindakannya memuat naik video teaser lagu terbaharunya bersama Baby Shima.

Video tersebut dihujani dengan kecaman netizen yang tidak bersetuju dengan aksi keterlaluan Shima bergelek selain sikap Aliff yang tidak serik.

Dalam salah satu hantaran dibuat, Aliff mengakui mengalami masalah mental tahap dua namun perkongsian itu telah dipadam.

Selamat tinggal Instagram, awak adalah permainan terindah buat saya. Bukan senang nak berpisah dengan awak.

“Saya insan kerdil yang banyak dosa. Saya sebenarnya ada sakit mental tahap dua. Saya tak tahan dah. Dari kosong sampai tahap ini saya reda dan ikhlaskan demi kebaikan semua,” tulisnya.

Ini bukan kali pertama Aliff membuat permohonan maaf secara terbuka malah sebelum ini pernah melakukan perkara sama selepas menerima kecaman teruk netizen.

Di sebalik ramai yang simpati, ada juga yang sudah muak dengan ‘markerting’ Aliff yang dikatakan sengaja mencari publisiti murahan.

Baca Lagi:

Selepas teruk kena kecam, Aliff Syukri mahu bunuh diri

2 suspek kes pukul pelajar tahfiz ditahan, rupanya ini sebabnya..

Selepas kecoh maki hamun, Diva AA terkena sihir, ini keadaan dirinya amat mengejutkan orang ramai

CATEGORIES