‘Bersungguh dia tenyeh’ gelagat lelaki ini basuh helmet di pam minyak buat netizen gelihati

‘Bersungguh dia tenyeh’ gelagat lelaki ini basuh helmet di pam minyak buat netizen gelihati

‘Bersungguh dia tenyeh’ gelagat lelaki ini basuh helmet di pam minyak buat netizen gelihati.

Siapa pernah cuci cermin kereta di stesen minyak? Terkadang tak sempat kita nak bersihkan, ada staff yang datang untuk cucikan cermin kereta kita. Sedikit sebanyak, hilang lah juga kotoran-kotoran degil dekat cermin kereta tu.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki dilihat membasuh helmet mencuri perhatian ramai.

'Bersungguh dia tenyeh' gelagat lelaki ini basuh helmet di pam minyak buat netizen gelihati

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @wanutamaofficial, kelihatan seorang penunggang motosikal sedang berada di sebuah pam stesen minyak.

'Bersungguh dia tenyeh' gelagat lelaki ini basuh helmet di pam minyak buat netizen gelihati

Namun apa yang mencuit hati adalah apabila dia selamba membasuh helmetnya dengan menggunakan sabun bahkan dia bersungguh-sungguh membersihkannya tanpa menghiraukan orang lain.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat lelaki itu. Manakan tidak, selalunya orang akan bersihkan cermin kereta dan bukanlah cermin helmet.

“Peduli apa dengan orang. Janji cermin helmet aku cerah” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan bahawa dia tidak akan dikenali walaupun kini videonya sudah viral di serata media sosial.

Antara komen warga maya:

“bersungguh dia tenyeh.. semoga cerah penglihatan dan selamat perjalanan”

'Bersungguh dia tenyeh' gelagat lelaki ini basuh helmet di pam minyak buat netizen gelihati

“dah viral, famous gara-gara cuci cermin helmet.. kelakar la”

'Bersungguh dia tenyeh' gelagat lelaki ini basuh helmet di pam minyak buat netizen gelihati

“saja repeat banyak kali biar dia cuci bersih sampai kilat”

'Bersungguh dia tenyeh' gelagat lelaki ini basuh helmet di pam minyak buat netizen gelihati

@wanutamaofficial Kejadian di stesyen minyak..kredit: Tele Channel #fypdongggggggg #fyp ♬ Purpose – Official Sound Studio

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 210.6K tontonan, 4754 tanda suka, 280 komen, 242 simpanan dan 855 perkongsian di applikasi TikTok.

Yelah, helmet bukannya murah ya.. kalau perempuan ‘addicted’ pada makeup, lelaki pun ada barangan mereka tersendiri mengikut hobi masing-masing. Apa-apa pun memang kelakar cara dia tenyeh helmet tu! kikiki

Baca Lagi:

Selepas kecoh maki hamun, Diva AA terkena sihir, ini keadaan dirinya amat mengejutkan orang ramai

[Video] Aksi Emma Maembong menari dengan Shah Jaszle, netizen perasan sesuatu yang tak kena

Datuk Seri penganjur parti liar ditahan di banglo Janda Baik

CATEGORIES