Tular video anak tabur tepung 9kg hingga penuh satu rumah

Tular video anak tabur tepung 9kg hingga penuh satu rumah

Tular video anak tabur tepung 9kg hingga penuh satu rumah.

Ibu adalah insan yang tidak jemu melayani kerenah anak-anak dari kecil hinggalah dewasa.

Telatah anak menghiburkan dan mencuit hati. Seperti yang dialami ibu yang merupakan pengguna TikTok, @Zatyaf yang berkongsi kenangan yang tidak dapat dilupakannya apabila si kecil bermain dengan tepung gandum yang di simpan di dapur.

“Kenangan tidak akan dilupakan. Apabila mama keluar check up baby, papa kerja malam beginilah jadinya

“Bersabarlah duhai yang bergelar ibu,” titipnya.

Menerusi video yang dikongsikan, dua anak perempuan wanita itu dipercayai menabur tepung di sekitar ruang dalaman rumah termasuk ruang dapur.

Menurutnya, jumlah total tepung yang ‘ditabur’ si kecil ialah sebanyak sembilan kampit yang mana beliau hanya sempat menggunakan satu kampit sahaja.

fm0avRXC 2

Sengaja ingin mengetahui reaksi si anak, ibu berkenaan sempat bertanya sama ada mereka menyayanginya atau tidak.

“Lailahaillallah adik, kakak. Apa korang buat ni. Kakak tak sayang mama ke?” tanya si ibu.

“Sayang mama,” jawab si kecil dengan tulus memberitahu telah membuka bungkusan tepung berkenaan menggunakan pensel.

Video berkenaan menjadi tular dengan 1.1 juta tontonan dan 53,200 tanda suka.

Rata-rata warga maya terhibur dengan gelagat si kecil dan cuba menyelami hati ibu berkenaan.

-“Kenangan terindah buat semua yang bergelar ibu dan bapa. Nanti apabila anak sudah besar mesti rindukan keadaan ini.”

-“Hahaha kak, proses pembelajaran budak. Saya pun pernah kena, ‘snow’ satu rumah.

-“Allahu emaknya sabar ya. Saya dahulu anak tuang separuh paket pun suara jerit setaman.”

-“Tak mengapa kak, kenangan tu. Saya dahulu masa kecik main minyak masak, habis dapur berminyak. Sampai sekarang ibu dan famili saya selalu ‘bahan’ saya.”

-“Mamanya penyabar betul.”

-“Hendak menangis rasa. Bukan sebab rugi tepung, menangis hendak mengemas. Bertabahlah mak ya.”

-“Koyak tetap koyak, tapi itulah kenangan manis sebagai parents.”

-“Percayalah kak, pasti kenangan ini paling bermakna bila kita sudah tua nanti. Rindu kenangan anak-anak sewaktu kecil.”

Tidak kurang yang berjenaka mengatakan si kecil ingin mencipta kandungan seperti pempengaruh, Ryan Bakery yang sering tampil berbedak.

-“Nak buat content macam Ryan Bakery tu.”

-“Pengaruh dgn Ryan Bakery mungkin.”

@zatyafkenangan xkan dilupakan… bila mama keluar cheq up baby…papa keje mlm..gini la jadi🤣bersabar la duhai semua yg bergelar ibu

♬ bunyi asal – Aisy@Aniq

Menerusi video lain, Zaty berkongsi anak-anaknya sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

“Semoga kakak dan adik membesar menjadi anak yang solehah. Doa mama dan papa sentiasa mengiringimu sayang.

“Marah ke, nak rotan ke tolak tepi dahulu. Alhamdulillah kedua-duanya mama dan papa sayang,” titipnya.

@zatyafKesudahan Part 2… 2 2 dah insaf dan janji tak ulangi lagi… mama papa syg kakak dan adik tau

♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays

Baca Lagi:

Video panas penyokong The Red Warriors mengamuk selepas Kelantan FC kalah lawan Perak FC

Selepas kecoh maki hamun, Diva AA terkena sihir, ini keadaan dirinya amat mengejutkan orang ramai

Dasyat zaman sekarang, suami Emma Maembong tak marah ke? Siap peluk-peluk pulak tu – Netizen

CATEGORIES