PANAS ! PU Riz nak saman individu fitnah produk inai Nunha

PANAS ! PU Riz nak saman individu fitnah produk inai Nunha

PANAS ! PU Riz nak saman individu fitnah produk inai Nunha.

Di Facebook, PU Riz memberitahu dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang dipercayai ingin menjatuhkan perniagaan inai yang diusahakan olehnya bersama isteri, Noor Neelofa.

Saman malu akan dikeluarkan

PANAS ! PU Riz nak saman individu fitnah produk inai Nunha

Menurut PU Riz dia mempunyai beberapa fakta kes berhubung apa yang telah berlaku beberapa hari ini. Ujar PU Riz, wanita tersebut telah menulis kenyataan di media sosial mengenai perasaan sedih dan kecewa konon-kononnya pihak Nunha.co menipu dan menganiaya pelanggan dengan meletakkan beberapa paksaan. Bukan itu sahaja, wanita tersebut mendakwa pihak Nunha memaksa pelanggan membuat pembayaran secara tunai dan tidak boleh memberi inai secara atas talian mahupun kaedah lain.

Lebih teruk, PU Riz berkata wanita itu telah mengeluarkan gambaran buruk terhadap produk yang dihasilkan dan seolah-olah menyatakan produk berkenaan tidak laku. Jelas PU Riz, menipu dan menganiaya orang bukan slogan perniagaannya.

PANAS ! PU Riz nak saman individu fitnah produk inai Nunha

Dan suka saya sebut di sini semua kesilapan kilang telah kami gantikan dengan bentuk wang ringgit dan penghantaran secara percuma. Kita beri peluang kepada pelanggan untuk buat bayaran cash atau online dan sekirannya cash tidak melebihi 20% majoritinya. Paling saya sakit hati dan tidak gemar, skeptikal terhadap produk seolah-olah tak boleh jual, sedangkan sehingga hari ini orang datang restock semua.

Di akhir posting, PU Riz menyatakan bahawa pihak pengurusan telah melakukan pelbagai usaha untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan. Tambah PU Riz, pihaknya akan meletakkan link kepada setiap nombor telefon di aplikasi Whatsapp dan Instagram bagi membantu para pelanggan.

PANAS ! PU Riz nak saman individu fitnah produk inai Nunha

Baca Lagi:

WhatsApp update terbaru, boleh keluar group senyap-senyap tanpa diketahui ahli group

3 remaja guna ‘molotov cocktail’ bakar khemah setelah berang ditegur kerap lepak

[VIDEO] Kanak-kanak melintas jalan secara tiba-tiba cedera dirempuh MPV

 

CATEGORIES