Lagenda badminton Malaysia meninggal dunia

Lagenda badminton Malaysia meninggal dunia

Legenda badminton Malaysia, Ng Boon Bee meninggal dunia pada usia 84 tahun petang tadi.

Ng menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ipoh pada jam 4 petang hari ini.

Dia meninggalkan isterinya, Tong Yee Cheng, 85, dan seorang anak perempuan Gillian.

Anak lelakinya Thomas, 54 yang dinamakan sempena Piala Thomas, meninggal dunia tahun lalu.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam hantaran di media sosial berkongsi rasa dukacita kepada ahli keluarga bekas pemain beregu negara itu.

Lagenda badminton Malaysia meninggal dunia

“Kami amat sedih apabila mengetahui pemergian pemain beregu legenda itu.

“Ng membentuk salah satu pasangan beregu lelaki yang paling dominan pada 1960-an dan boleh dikatakan abad ini bersama Tan Yee Khan,” kata BAM.

Keluarga mendiang diberitahu oleh hospital bahawa Ng meninggal dunia akibat aneurisme.

Anak jati Perak itu mula bermain badminton pada usia 10 tahun selepas terinspirasi daripada bapanya.

Kerjaya badminton Ng bermula pada awal 1960-an apabila dia bergandingan dengan Tan dan memenangi kategori Beregu Lelaki dalam Sukan Asia pada 1962 dan 1966, serta All England pada 1965 dan 1966.

Dia juga pernah memecahkan rekod enam gelaran di Terbuka Malaysia pada 1961, 1963, 1964, 1965, 1967 dan 1968.

Salah satu pencapaian terbesar Ng ialah membawa Malaysia memenangi Piala Thomas pada 1967.

Selepas Tan bersara, Ng membentuk beregu dengan Punch Gunalan dan memenangi pelbagai kejohanan termasuk Sukan Asia 1970 dan All England 1971.

Mendiang pernah dinobatkan sebagai Ahli Sukan Terbaik Malaysia pada tahun 1968.

Baca Juga : Lori bawa sardin terbalik, lebuh raya PLUS bertukar jadi warna merah

Minah salleh fedup cari pantai tak jumpa, selamba berjemur tengah jalan Kuala Lumpur

Wanita jual video seks jana pendapatan lumayan di media sosial dicekup polis

CATEGORIES