Wanita malu ambil seluar dalam di jalan raya dikecam netizen

Wanita malu ambil seluar dalam di jalan raya dikecam netizen

Wanita malu ambil seluar dalam di jalan raya dikecam netizen.

Seorang wanita mendapat kecaman netizen apabila mengaku malu untuk mengambil seluar dalamnya yang terjatuh di atas jalan, manakala video klip memaparkan kejadian itu tular di media sosial Indonesia, lapor laman berita Suara.com.

Video berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @lagi.viral.

Wanita itu merakam detik sepasang seluar dalamnya berada di sebuah persimpangan jalan menggunakan kamera telefon bimbit.

Dia mengaku malu untuk mengambil seluar dalam itu kerana ia jatuh pada kedudukan yang jauh dari jangkauannya.

“Saya jemur seluar dalam dan ia jatuh ke jalan raya. Nampaknya ditiup angin selepas dijemur. Sebaiknya perlu ambil atau tidak. Saya malu sumpah,” kata wanita itu.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen. Sebilangan netizen menyindir wanita itu kerana mengaku malu tetapi memuat naik video kejadian itu di media sosial.

“Malu untuk mengambilnya tetapi tidak malu untuk merakam dan berkongsi kepada ribuan orang, tidak masuk akal,” kata seorang netizen.

“Minta tolong sahaja kanak-kanak ambil kak,” komen netizen lain.

Baca Lagi:

Tular Video wanita nekad serang perempuan simpanan suami di jalan raya

Wanita misteri gemparkan penduduk Cyberjaya, berdiri tegak tengah jalan raya buat orang ramai seram

Pasangan couple lakukan perbuatan tidak senonoh di jalan raya

CATEGORIES