Remaja perempuan maut terkena renjatan elektrik tertidur di atas telefon dicas

Remaja perempuan maut terkena renjatan elektrik tertidur di atas telefon dicas

Remaja perempuan maut terkena renjatan elektrik tertidur di atas telefon dicas.

Seorang remaja perempuan meninggal dunia akibat renjatan elektrik semasa tertidur di atas telefon bimbitnya yang sedang dicas selepas dia mandi, lapor akhbar Mirror UK, kelmarin.

Mangsa, Khorn Srey Pov ditemui mati dalam keadaan menindih telefonnya. Mangsa bertugas sebagai penterjemah bahasa Mandarin di syarikat perlombongan emas Sing Yon Kong Yik di wilayah Kratie, Kemboja.

Pada hari kejadian, remaja berusia 17 tahun itu baru selesai mandi. Dia kemudian mengecas telefon dan menghidupkan lampu suluhnya.

Remaja perempuan maut terkena renjatan elektrik tertidur di atas telefon dicas

Beberapa pegawai tempatan berkata, dia maut di tempat kejadian akibat renjatan elektrik dengan voltan tinggi pada 27 Julai lalu.

Kematiannya mencetuskan perdebatan media sosial mengenai keselamatan pengecas telefon.

“Mereka sepatutnya mengadakan kempen kesedaran awam tentang cara mengendalikan peralatan elektrik. Saya melihat orang ramai sering menyentuh wayar hidup dan insiden malang seperti ini kerap berlaku,” kata seorang pengguna media sosial.

“Walaupun anda berada dalam keadaan kering, namun ia bukan idea yang baik untuk mempunyai salah satu daripada peralatan elektronik di atas katil bersama anda. Insiden ini sangat tragis,” kata seorang lagi netizen.

Baca Lagi:

Wanita maut terkena renjatan elektrik ketika keluarkan baju dari mesin basuh

Rakyat Malaysia dipaksa jadi ‘Scammer’, didera dengan renjatan elektrik jika gagal cari mangsa

Satu keluarga termasuk pembantu rumah mati didalam bilik air terkena renjatan elektrik’ Water Heater’

CATEGORIES