Bayi perempuan lemas dalam tab mandi, bapa selamba layan rokok sambil layan facebook

Bayi perempuan lemas dalam tab mandi, bapa selamba layan rokok sambil layan facebook

Bayi perempuan lemas dalam tab mandi, bapa selamba layan rokok sambil layan facebook.

Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dilapor lemas selepas ditinggalkan bapanya dalam bilik mandi sendirian selama tujuh minit untuk menghisap rokok dan melayari Facebook, lapor Mirror UK.

Bayi perempuan itu disahkan meninggal dunia pada 2 April tahun lalu selepas ayahnya didakwa meninggalkannya seorang diri di dalam air di mana paip air itu masih sedang mengalir.

Bapanya yang berusia 26 tahun itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun yang akan berlangsung selepas 15 bulan setelah dia mengaku bersalah atas kematian anaknya.

Bayi perempuan lemas dalam tab mandi, bapa selamba layan rokok sambil layan facebook

Lelaki itu meninggalkan anaknya yang berusia 9 bulan di dalam tab mandi dengan adanya ketinggian air 10 hingga 12 sentimeter dan kejadian ini berlaku di rumah mereka yang terletak di Queensland, Australia.

Difahamkan, lelaki itu pada mulanya meninggalkan anaknya untuk menangani isu masalah elektrik yang berlaku di rumahnya.

Bagaimanapun, ketika berada di luar dia dilaporkan menghisap rokok sambil melayari Facebook selama beberapa minit.

Apabila kembali semula ke bilik air, dia terkejut kerana mendapati anaknya itu sudah tidak sedarkan diri dan “terapung sambil menghadap ke bawah” dalam tab mandi yang sedang melimpah.

Bayi perempuan lemas dalam tab mandi, bapa selamba layan rokok sambil layan facebook

Panik dengan kejadian itu, dia segera membuat panggilan kecemasan dan cuba melakukan CPR sementara menunggu paramedik tiba, manakala ibu bayi itu pula melakukan percubaan terdesak untuk menyelamatkan bayinya.

Menurut laporan juga, ibu bapa kepada bayi perempuan itu telah pun bercerai pada tahun 2020 yang lalu. Wanita tersebut segera datang ke rumah bekas suaminya itu setelah dimaklumkan akan kejadian yang telah terjadi dan mencuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan anaknya.

Pendakwaraya Chris Cook menganggarkan tertuduh telah meninggalkan bayinya sendirian selama kira-kira tujuh minit.

Beliau turut berkata bahawa kematian bayi itu “bukan kemalangan”, lapor The Sun.

Pihak mahkamah turut diberitahu oleh wanita itu mengenai kecuaian sama yang pernah berlaku di mana sebelum ini kanak-kanak itu pernah ditinggalkan sendirian tanpa pengawasan oleh bekas suaminya di samping dia keluar untuk menghisap rokok.

Disebabkan kecuaian yang dibuat, bayi perempuan sembilan bulan itu maut akibat lemas dan tidak dapat diselamatkan. Kecuaian itu membawa hukuman penjara selama lima tahun kepada lelaki itu.

Baca Lagi:

Dua beranak lemas kereta terbabas masuk parit

3 beranak ditemukan lemas, berpelukan dalam kereta terjunam ke sungai

Kereta terjunam dalam sungai, 3 beranak dikhuatiri lemas

CATEGORIES