Viral lelaki ini ubah suai Honda City jadi trak pikap buat orang ramai teruja

Viral lelaki ini ubah suai Honda City jadi trak pikap buat orang ramai teruja

Viral lelaki ini ubah suai Honda City jadi trak pikap buat orang ramai teruja.

Di Thailand cukup terkenal sebagai salah sebuah negara yang mempunyai ramai pengguna trak pikap. Salah satu sebabnya kosnya lebih berbaloi apabila kerajaan negara itu menawarkan ‘cuti cukai’ sehingga lapan tahun dan hampir menghapuskan cukai eksais ke atas jualan pikap domestik.

Baru-baru ini seorang pemilik Honda City dari Thailand mengejutkan pengguna media sosial apabila perkongsian video kereta sedannya telah diubah suai menjadi trak pikap dan menamakannya sebagai ‘BigCity’ telah meraih perhatian ramai.

Dalam video yang tular itu, kelihatan kereta terbabit sedang menarik trak pikap yang tersangkut sehinggalah mereka berjaya melepasi satu kawasan sungai dalam hutan.

Menurut pemiliknya, dia langsung tidak menjangka bahawa keretanya itu akan viral ke seluruh dunia, lebih-lebih lagi selepas beberapa rakaman video dia memandu di kawasan bandar tular di platform TikTok dan stesen television tempatan.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian asal lelaki itu telah mendapat lebih 5,500 kali share daripada pengguna Facebook yang sangat teruja melihat model kereta sedan bagi kegunaan harian dapat diubah suai menjadi trak pikap untuk kegunaan lasak dan off–road.

Bak kata pemilik BigCity — “Saya tidak boleh memecut laju, tetapi saya boleh pergi kemana-mana sahaja saya mahukan.”

Anda boleh lihat lebih lagi gambar-gambar trak pikap ‘Honda BigCity’ tersebut yang kami kongsikan di bawah.

Viral lelaki ini ubah suai Honda City jadi trak pikap buat orang ramai teruja

Viral lelaki ini ubah suai Honda City jadi trak pikap buat orang ramai teruja

Viral lelaki ini ubah suai Honda City jadi trak pikap buat orang ramai teruja

Viral lelaki ini ubah suai Honda City jadi trak pikap buat orang ramai teruja

Baca Lagi:

Viral kereta mangsa MH370 tersadai di airport, tapi netizen jumpa kereta yang sama untuk dijual

Viral Salon rambut tampilkan pekerja seksi diserbu polis

Budak viral nangis masa Malaysia kalah, dapat hadiah istimewa dari Safiq Rahim

CATEGORIES