Lelaki mengamuk dalam pasar raya gaduh dengan pekerja wanita

Lelaki mengamuk dalam pasar raya gaduh dengan pekerja wanita

Lelaki mengamuk dalam pasar raya gaduh dengan pekerja wanita.

Sebuah video pergaduhan yang berlaku di sebuah pasar raya menjadi tular di media sosial menyaksikan pertelingkahan antara seorang lelaki dengan seorang pekerja wanita.

Menerusi perkongsian Muhammad Hafiz di Facebook semalam, lelaki tersebut dilihat menengking pekerja terbabit sambil menunding jari ke arahnya.

Bagaimanapun, situasi tegang itu berjaya diredakan oleh beberapa individu lain, namun punca kejadian belum dapat dipastikan.

Lelaki mengamuk dalam pasar raya gaduh dengan pekerja wanita

Sehingga kini, ia masih menjadi tanda tanya orang ramai dan pelbagai spekulasi diberikan berhubung insiden tersebut.

“Ini mesti kes bengang minyak masak paket habis dekat pasar raya, terus dimarah pekerja yang ada,” komen seorang pengguna.

“Orang kita sekarang ini, masalah sikit mesti nak marah, mengamuk, susah sangat nak cakap baik-baik, berbincang, tengok pekerja wanita itu macam dah berusia, kesian nampak nak menangis wajahnya bila kena herdik macam itu,” kata pengguna lain.

Baca Lagi:

[VIDEO] Kecewa dengan kekalahan, penyokong Tok Gajah mengamuk

Berang staf tak ambil ‘order’, pelanggan mengamuk gertak staf dengan pisau

Customer salah bagi location, Food Rider mengamuk tendang pintu tak puas hati

CATEGORIES